Bukan 41% Tapi 
81.3%!!!<http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/bukan-40-tapi-813.html>
<http://bp2.blogger.com/_G4UF_wN334k/SEobOX5NUZI/AAAAAAAAA9E/DtRlKi2V7iA/s1600-h/diesel.gif>
Assalamu'alaikum...

Kali ni aku tak nak cerita dah pasal pemimpin KERAjaan...aku dah muak
dah...betul-betul muak & yang sebenarnya bukan setakat muak,tapi lebih dari
muak sampai aku malas nak sebut sebab tak tau nak pakai istilah apa dah
dengan pemimpin KERAjaan ni.

Kita cerita pasal peningkatan kos sara hidup kita pulak.cerita pasal kita je
sebab "depa" dah tak wujud dah dalam kamus hidup kita mulai
5hb.Jun,2008.sebenarnya buka "depa" yang tak wujud,tapi kita yang tak wujud
dalam kamus "depa" sebab tu "depa" tak kisah nak buat apa-apa pun.engkorang
tanyalah "depa" sendiri kita ni ada ke tak de...

Lepas engkorang baca apa aku taip kat bawah ni engkorang kira la balik
peningkatan kos sara hidup engkorang & buatlah sesuatu untuk "survive" sebab
kita dah tak de jalan lain dah...tak de sape nak tolong kita dah..."hangpa
sapa?" kata "depa"...

Aku buat kira-kira paling simple la supaya senang kita semua faham...ni aku
bagi contoh untuk 2 kos je la,engkorang kira la balik ikut hasil pendapatan
engkorang...

Mei 2008(untuk pengguna petrol & diesel): kos bahan api rm300 + barang dapur
rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua
rm950

Kira-kira 1(untuk pengguna petrol)
Jun 2008 : kos bahan api rm423(+41%) + barang dapur rm300 + keperluan
anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm1073...(+ rm123
perbelanjaan!)

kira-kira 2(untuk pengguna diesel)
Jun 2008 : kos bahan api rm489.90(+63.3%) + barang dapur rm300 + keperluan
anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm1139.90...(+
rm189.90 perbelanjaan!)

*bulan Jun bertambah perbelanjaan "wajib" sebanyak 41% - 63.3% = rm123 -
rm189.90 sebab harga bahan api naik.belum kira harga barangan asas yang
belum naik lagi bulan ni.aku andaikan bulan Julai harga barangan keperluan
akan melonjak naik...tunggu...kalau naik...kira-kiranya kat bawah ni...

Julai 2008(untuk pengguna petrol) : kos bahan api rm423 + barang dapur
rm489.90(+63.3%) + keperluan anak(susu & lampin)rm489.90(+63.3%) + elektrik
rm59(+18%)...jumlah semua rm1461.80...(+ rm388.80 perbelanjaan!)

Julai 2008(untuk pengguna diesel) : kos bahan api rm489.90 + barang dapur
rm489.90(+63.3%) + keperluan anak(susu & lampin)rm489.90(+63.3%) + elektrik
rm59(18%)...jumlah semua rm1528.70...(+ rm388.80 perbelanjaan!)

Dari kira-kira mudah diatas kita dapat lihat peningkatan kos sara hidup yang
bukan sedikit untuk kita tanggung malahan dalam masa 2 bulan sahaja kita
berjaya meningkatkan kos sara hidup kita sebanyak rm511.80 bagi pengguna
petrol & rm578.70 bagi pengguna diesel!

Engkorang semua jangan salah faham...yang berjaya kita tingkatkan ialah KOS
SARA HIDUP...bukannya PENDAPATAN!!!

Ada kemusykilan dengan kira-kira diatas?biar aku terangkan kenapa aku
letakkan kenaikan sebanyak 63.3% pada kenaikan harga barangan dapur &
keperluan anak.kita harus positif...majoriti pengusaha & pemborong
menggunakan bahan api jenis diesel untuk semua jenis jentera & lojistik
kerana kosnya agak "murah" sebelum ini(sekarang tidak lagi!).peningkatan
harga bahan api tersebut pula ialah sebanyak 63.3% & sebanyak itu jugalah
kos mereka-mereka ini meningkat.kalau berlaku kenaikan harga barangan
mustahil ianya tidak sampai 63.3% kerana dah tentu mereka akan rugi.

Kita jangan lupa 1 perkara lagi...mulai julai takrif elektrik akan meningkat
sebanyak 18% & kita sedia maklum semua sektor perusahaan menggunakan
elektrik maka kemungkinan besar kenaikan harga barangan akan meningkat
sebanyak - 63.3% + 18% = 81.3%!!!

Aku bukan pakar ekonomi tapi mengikut pandangan aku yang tak berape terror
ni & juga selepas apa yang berlaku 2-3 menjak ni situasinya macam tu
la..."depa" cakap tak bubar tapi "depa" bubar..."depa" cakap tak naik tapi
"depa" bagi naik jugak..."depa" cakap naik bulan Ogos tapi malam ni jugak
"depa" wat naik...

Kalau engkorang cakap aku "penipu" pun aku tak kisah sikit habuk...ala...apa
nak aku kisahkan...PM Malaysia sendiri pun menipu,inikan pulak rakyat biasa
macam aku..."depa" nak kat apa katalah...

Hah apa lagi???

UBAH CARA HIDUP!!!
*ubah pemimpin*

-- 
*Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!*

Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke