Salam,
Saya ada seorang kawan yang sedang mengandung 6 bulan lebih, anak
kedua. Ketika usia kandungannya 4 bulan, doktor pakar di PPUM
mengesahkan yang babynya tiada tempurung kepala dan hanya mampu hidup
paling lama sehari jika dilahirkan, so doktor syorkan supaya
digugurkan. Mulanya kawan saya nak gugurkan tetapi setelah berbincang
dengan kawan2 dan yang pandai dalam agama, dia tak jadi gugurkan
kerana haram digugurkan baby tu jika tidak membahayakan nyawa ibu,
lagipun baby tu dapat bagi syafaat di akhirat nanti jika baby tu
sempat hidup walaupun sehari.

Baru2 ni sekali lagi doktor (doktor tu Islam) syorkan baby tu
digugurkan kerana jika sampai masa nak bersalin nanti, dikhuatiri
baby tu tak ada kekuatan sendiri untuk keluar walaupun diinduce dan
terpaksa dioperate sedangkan masa first baby dulu kawan saya dah
operate. Jika kali ni dioperate juga, mengandung kali ke 3 tentu
operate juga dan tak berpeluang utk mpunyai anak ramai. Doktor cakap
jika gugurkan sekarang baby masih kecil so senang sikit nak gugurkan.

Ada tak kekawan yang ada pengalaman ini? Pernah tak gambar scan yang
tak nampak tempurung kepala sedangkan sebenarnya ia ada tempurung tu?
Bukan apa, takut doktor tersilap sedangkan lepas induce tengok2 baby
tu ok.

Wassalam



Kirim email ke