beberapa hari lepas saya baca cerita ni kat dalam pc. tak tau le sape penulis
asal. pastu malam semalam (14/6) kat cerekarama ada siarkan movie yang
mempunyai jalan cite yang lebih kurang sama..
Kisah ni agak panjang sedikit.Anyway, take Ur time b'coz it really2 good
story.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin.Rasanya sudah lebih tujuh tahun
sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila
dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
¡§Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?"kata saya setelah mempersilakannya duduk.
¡§Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal
tulang," balas Arifin.
"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,"tambah Arifin
sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya
baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin
tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada
hajat yang hendak di sampaikan.
" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.
" Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak
hendak. Sakit apa?" saya bertanya.
Agak lambat Arifin menjawab.Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan
seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
"Entahlah..." katanya perlahan, " lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia
melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. . penuh dengan lepuh macam
orang terkena air panas,
"kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza,ke serata
hospital dan klinik, namun ubat yang diberi oleh doctor tidak dapat melegakan
penyakitnya.
"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya.
"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya.
" Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang,terceroboh kawasan
orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang,
tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga
tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah
murung, kusut.
" Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya,setelah
beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil
macam katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat
sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan,bintil-
bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di
sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir
tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu
untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya
menyindir dibelakang , tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya
secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut
mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an,rambutnya seperti
wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh
di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu
yang sama,kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia
bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.Kenapa
dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin.
Wajahnya sayu
"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".
Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza,Arifin membawa
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di
habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat
mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia
meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong
serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah
Arifin.
"Insya-Allah. ..."Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau
dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan
segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?"
"Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya.
Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja.Yalah.. . orang dah
sakit memang macam tu," kata Arifin.
Saya Cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji
untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.
" Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung. Dia
kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya.
Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang
rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada
terbaring mengiring mengadap ke dinding.
" Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu
isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat
menyedihkan .
Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke
dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang
dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak
menandakan dia sudah lama menderita.
Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima
minit
meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin ,saya nak tanya sikit,
tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".
" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.
" Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak
enghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk
"Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir
bercampur nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan
isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,kadangkala di
timpa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada
melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah
Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayahnya saya pun sudah."
"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya
meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka
supaya bersabar dengan ujian Allah.
" Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan
rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu
kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin
tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak
dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan
solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya
itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.
Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis."Ustaz, " katanya, "
sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"
"Kenapa?" pantas saya bertanya.
" Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan
segala-galanya" . Arifin menyambung ceritanya; ¡§Malam itu saya terkejut sebab
semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor
kepada saya. Kata
telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya "kenapa?"
Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. "Tambah
saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang
kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan
dengan ilmu hitam."
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira
lah semasa saya bertugas diluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah
membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal.Kata Niza,
hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan
seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya
maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang
dibalasnya. Patutlah selama ini bila
berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri
saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan... ."
Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar
ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang
sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa
pun elok.
" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana
dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu." Lagipun, dia sudah
terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang,kepala pun dah nak botak. Doktor
pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada
pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut,
adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di
buat, tapi keadaan memaksa."
" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik. " Dia dah derhaka dengan saya, buat
tak senonoh dengan lelaki lain,kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya
maafkan
dia ?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat
pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan
isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku
dosanya, jadi adalah lebih baik.
Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal
dengan mudah.
" Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia? Tak
ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas
saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan
supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun
qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian
Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah
meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana
ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya
tidak bernyawa lagi.
"Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya
sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan
saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk
membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya
dah ampunkan dia." Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih
lagi mengalir daripada alat
kelamin Allahyarham isterinya itusehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.Kepada lelaki,
hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......