salam...tuan/puan, setiap manusia terutama dlm skop anak telah dilahirkan
dengan potensi diri yang tersendiri. mereka juga telah dilahirkan dengan
kecemerlangan. masalah kita sebagai ibu bapa pada hari ni, lebih suka dan
cenderung untuk menentukan apa dan siapa anak itu akan jadi (kerjayanya).
dengan kata yg lebih mudah adalah anak-anak menjadi alat untuk merealisasikan
cita-cita ibu bapa yang tidak kesampaian. sebagai contoh, ibu atau bapa mahu
jadi doktor ketika zaman persekolahan mereka tapi bila sudah bekerja jadi ahli
farmasi.jadi, anak2 ini tadi dipaksa dan dikerah untuk belajar dan belajar dan
belajar serta diasak dengan apa yg tidak sesuai dengan potensi dan kemampuan
anak tadi.akhirnya, anak2 suka ponteng sekolah, memberontak, membohong dan
sebagainya. puncanya kerana pontesi dan kecenderungan minat anak tadi tidak
disalurkan ke arah yang sepatutnya.akhirnya, kita sebagai ibu dan bapa rasa
kecewa dan berlaku agresif kepada anak tadi.
dari situasi yang tuan/puan alami, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah
memahami siapa diri anak tadi. kedua, ibu bapa perlu tahu personaliti dan
karektor anak tadi. hal ini kerana setiap anak2 ini ada kemampuan dan potensi
diri yang datang dari pelbagai kemahiran samada mathematical, kinestatik,
linguitik atau sebagainya. keempat, ketahui apa yang mereka minat, suka dan
ingin capai.
insya-allah, seandainya kita sebagai ibu bapa 'kenal' siapa anak kita pasti
mereka jadi anak dan insan yang cemerlang yang lahir daripada ibu bapa yang
cemerlang dalam mendidik dan membentuk anak2.
'kecemerlangan itu dicipta oleh insan biasa'
sekiranya ada pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui:-
[EMAIL PROTECTED]
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/