Salam TM, Minta disembunyikan email ID company saya. Cukup sekadar 
Ummu Umar sahaja.

Salam buat semua,

Saya ingin mencari pasangan hidup buat dua adik perempuan saya yang 
berumur sekitar 29 tahun. Masing-masing keberatan untuk mencari 
kenalan sendiri atas kerana kesibukan tugas kerja dan malu. 
Insyaallah mereka ini muslimah yang solehah, bertudung, 
bertanggungjawab, peramah, tiada masalah kesihatan atau berat badan 
dan memiliki paras rupa yang menenangkan. Ibu saya pernah cuba untuk 
mencarikan pasangan bagi adik-adik saya, namun tidak berjaya atas 
sebab-sebab kesihatan. Adik-adik saya amat tidak menyenangi pergaulan 
dengan bukan muhrim yang melibatkan persentuhan yang mungkin akan 
menjurus kepada maksiat. Mungkin sifat adik-adik saya ini dianggap 
ketinggalan zaman oleh kebanyakan pihak, jadi saya mengharap agar 
masih ada yang mementingkan nilai-nilai agama dalam perhubungan.

Ciri-ciri yang dicari adalah lelaki yang soleh, mampu membimbing 
isteri dan anak, jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan seelok-eloknya 
bujang.
Jadi, jika ada sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat mengenai adik-
adik saya, sila hubungi ibu saya di nombor 012-3479604.

Wasallam,
Ummu Umar


Kirim email ke