Adab2 tidur... 

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda 
: “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur 
sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk 
berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci 
dirinya sendiri”.


Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat 
dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan 
menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi 
seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 
dalam Islam antaranya : -


1. Berwuduk 


Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk 
mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . 
InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan 
iblis .


2. Perut Tidak Terlalu Kenyang


Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan 
sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa 
sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk 
mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .


3. Mengingati Kesilapan


Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara 
yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – 
perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang 
baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , 
berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah 
S.W.T 


4. Membaca Doa dan Surah Tertentu


Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu 
terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan 
seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah 
Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di 
kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya 
dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali 
berturut – turut. 


5. Berazam Untuk Bangun Awal 


Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil 
berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi 
membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .


6. Bangun Pagi


Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada 
Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang 
telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan 
dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot 
badan.


      

Kirim email ke