Perkhidmatan Penghantaran Makanan MangkukTingkat.com kini boleh dihubungi 24
jam melalui talian Hotline 1700 800 363 .
Talian 03-8733 2411 masih terus berfungsi pada waktu pejabat sahaja.
Anda boleh menghubungi 1700 800 363 untuk membuat tempahan. Caj yang dikenakan
ialah sama seperti caj panggilan biasa.
MangkukTingkat.com
adalah merupakan satu inisiatif dari sekumpulan suri rumah yang
bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan
malam untuk dinikmati oleh anda yang sibuk serta tiada masa untuk
memasak untuk keluarga.
Hidangan tersebut kemudiannya boleh anda tempah untuk
dihantar terus ketempat kerja atau ke rumah anda.
Diuruskan
sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program
MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti
dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.
Sajian
yang disediakan oleh pembekal MangkukTingkat.com merupakan hasil
masakan dari dapur individu. Ianya disediakan oleh suri rumah yang
berpengalaman dalam menyediakan sajian untuk keluarga mereka. Terjamin
kebersihan dan kualitinya kerana makanan yang sama juga akan
dihidangkan untuk keluarga mereka.
Selain
dari itu dengan penyeliaan yang ketat oleh Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah menjamin hanya bahan-bahan yang suci dan bermutu digunakan bagi
menyediakan hidangan untuk anda.
Kami telah mengumpulkan lebih 300 jenis resepi lauk dan sayur untuk
hidangan anda. Menu-menu tersebut kami susun atur dengan cara yang
sesuai dan mengikut sunnah. Ini adalah bagi menjamin anda mendapat
bukan saja makanan yang seimbang tetapi juga mengikut lunas-lunas Islam.
Setiap
bulan menu yang berlainan akan disajikan dan anda tidak perlu risau
tentang keperluan selera anda. Perunding diet MangkukTingkat.com
sentiasa memastikan semua menu yang ditawarkan kepada anda adalah
seimbang, berkualiti serta sesuai untuk kebanyakan orang.
Anda
juga dari masa kesemasa boleh menyumbang atau mencadangkan resepi atau
menu yang sesuai untuk selera diri anda dan orang-orang lain.
Jika
anda adalah seorang yang mementingkan penjimatan disamping kesimbangan
diet, MangkukTingkat.com adalah pilihan terbaik anda.
Tidak perlu menunggu lagi. Segera perhatikan
menu sajian untuk bulan hadapan dan mulakan tempahan anda segera !!.