Assalaamu'alaikum
 
Benarkah adanya amalan-amalan khusus sempena bulan Rejab?
 
Benarkah adanya Solat al-Raghaib dalam bulan Rejab?

Benrakah ada Puasa Sunat Khusus sempena bulan Rejab?
 
Benarkah Israk dan Mikraj berlaku pada bulan Rejab?
 
Pada hakikatnya tidak wujud satu dalil yang sah menunjukkan terdapat amal-amal 
ibadah yang tertentu bersempena dengan bulan Rejab. Hal ini telah diperakui 
oleh tokoh ulamak hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafidz Ibnu Hajar 
al-‘Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang 
mana menurut beliau tidak ada hadis yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab 
(melainkan ia termasuk bulan-bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada 
bulan Rejab yang dapat dijadikan pegangan.
 
Untuk melihat artikel saya ini selanjutnya sila lawati blog saya di alamat :
 
http://akob73.blogspot.com/2008/06/artikel-tentang-bulan-rejab.html
 
Semoga ada manfaatnya

Sekian Wassalaam

--- On Tue, 7/1/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Fw: PERINGATAN : Kedatangan Rejab 1429H (Friday the 4th of July 2008)
To:
Date: Tuesday, July 1, 2008, 1:15 PM





---



Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan 
Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab 
itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti 
ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 
Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di 
sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 
5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun 
berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan 
dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka 
Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu 
syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan 
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya 
dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH 
swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang 
airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari 
minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah 
sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca 
selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama 
Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau 
menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya 
bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau 
bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya 
berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa 
satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak 
akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya 
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat 
mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai 
nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan 
mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, 
kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan 
mengerjakan solat malam satu tahun."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara





Kirim email ke