وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ
فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا
وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Al-Noor
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang
fasik. (4)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Al-Hujraat
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan. (6)
Yang bawah ni saya ciplak dari email saudara dibawah
Dlm Islam, menuduh seorang Islam lain yg baik (mukhsan) melakukan zina
(termasuklah perbuatan kaum nabi Luth) tanpa membawa 4 orang saksi yg baik
(bukan fasiq) yg betul2 terlihat sendiri perlakuan (maaf cakap ye dlm bab feqah
terpaksa bgtahu; saksi betul2 telah lihat sendiri ia masuk), maka tuduhan tanpa
saksi ini adalah dipanggil 'Qazaf'. dan tahukah kita apa hukuman yg Allah
sebut dlm al-Quran terhadap orang atau orang-orang yang menuduh itu?
Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada
ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan
zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka
tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan
janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu
adalah orang yang fasiq".
Dan kepada kita pula Allah berpesan:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu
telah lakukan.."
( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).
...Jangan terus ambil bulat2 khabar yg datang.. itu bukan sikap seorang Islam
---
Know more about Malaysian food </a> - Yahoo! Malaysia Search.
http://malaysia.search.yahoo.com/search?p=malaysian+food&cs=bz&fr=fp-top