-
>
> Sekiranya ada kebenaran dari apa yang di nyatakan di
> bawah simpan untuk ingatan dan jadikan panduan demi
> kebaikan rumah tangga bersama....
>
> Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum
> ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah
>
> 1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri,
> terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa
> menanggung hutang
> suami.
>
> 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka
> telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga
> kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami
> kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri
> dengan bijak
> serta prihatin.
>
> 3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri
> atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali
> masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih
> dari emak anda.
>
> 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood
> atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk
> penuhi
> nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to
> provide that
> service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
>
>
> 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga
> anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan
> disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk
> tersandar
> kekenyangan macam maharaja.
>
> 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau
> relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka
> saja
> kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar
> anak dsbnya.
> Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup
> tangan nak
> menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
>
> 7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit
> lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang
> tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor
> taugeh.
> Frust, tau tak!
>
> 8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau
> isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi
> bolehlah dia
> memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
> Bayangkan
> perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan
> kain-baju
> masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
> berselerak
> dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak
> tapi nak
> tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
>
> 9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
> badannya yang semakin sihat atau semakin melidi Tengok body
> sendiri
> dalam cermin dulu.
>
> 10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa
> boleh
> control kentut?
>
> 11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun
> anda Cuma
> main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda
> dulu. Jangan
> sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
>
> 12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan
> rumahtangga.
>
> 13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.
> Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah
> kewangan anda.
> Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak
> nak minta
> pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
>
> 14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
> baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi,
> buanglah
> dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
> penutupnya, dah
> ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak
> flush.
> Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
>
> 15 Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan
> bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan
> tanya dua
> tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah
> saja.
>
> 16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu
> dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak
> keistimewaan kepada
> para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang
> lelaki untuk
> kepentingan diri sendiri.
>
> 17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main
> lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu
> awak tak
> boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate
> kalau awak
> buat?
>
> 18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri,
> tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.
> Kalau awak
> sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual
> roti? Apek
> jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
>
> 19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa
> jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang
> dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
>
> 20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu
> keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak
> jadi bapok
> kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah
> timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego
> yang keterlaluan.
> Bukannya laku bila dah mati nanti.
>
> 21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan
> ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang
> suami masuk
> syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau
> suami masuk
> neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri
> masuk
> neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi
> kalau isteri
> masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga Ini bukan
> rekaan
> saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
>
> 22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan
> keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak
> suka.
> Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri,
> isteri balas
> sepuluh kali
>
> 23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil
> hati.
> Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk,
> pujuk. Hati
> orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak
> ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
> dipandang
> remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada
> para suami
> khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
> hati dan
> perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
>
> Allah s.w.t. berfirman
>
> "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
> didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan
> Tuhan"