Renungan bersama.... *Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan walau pun sekadar senyuman.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya andai muatan kita adalah iman. dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di dalam lautan hidup ini. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu selalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. * * * -- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......
