Maaf....izinkan saya beri sedikit pandangan.
Setiap insan yang yang dilahirkan di muka bumi ini dikurniakan akal, hawa dan
nafsu serta perasaan. Akal untuk berfikir dan berbuat keputusan. Hawa bermaksud
pantang rendah....fahamnya... kita sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki
kedudukan kita dari masa kesemasa....kalau sekarang kita berkerja sebagai
kerani....di sudut hati kita tetap hendak menjadi seorang pegawai satu hari
nanti. Nafsu maksudnya pantang kurang...kalau ada RM 10.00 dalam poket...kita
rasa tidak cukup....hendak lebih dari yang ada dalam poket itu. Kita dipakaikan
hawa dan nafsu agar kita berkhendak kepada sesuatu yang lebih baik. Jiwa kita
juga dipakaikan punca rasa agar apajua yang kita lakukan....apajua yang kita
pandang....kita lihat... akan mempengaruhi jiwa kita.
Ringkasnya hidup kita di muka bumi ini semuanya adalah satu lakunan rasa yang
muncul di jiwa.
Sdri merantau ke luar negara adalah kerana mengikut khendak hawa dan nafsu.
Kiriman atau sumbangan yang Sdri berikan kepada semua ahli keluarga adalah
kerana rasa kasih kepada keluarga.....satu amalan yang sangat mulia di sisi
Tuhan.
Mereka tidak menyukai Sdri kerana masih membujang.....hanyalah rasa malu yang
muncul di jiwa meraka....itu sahaja !
Mana yang lebih mulia di sisi Tuhan ? rasa kasih Sdri kepada semua ahli
keluarga....jika dibandingkan rasa malu mereka kerana Sdri masih bujang ?
Pertahankan rasa kasih kepada ibu...adik-adik semua di tanah air. Sdri
sebenarnya telah faham apa itu erti kasih dalam hidup sdri selama
ini.....harap-harap Sdri akan mengasihi Tuhan pula satu hari nanti. ....itulah
maksud kata-kata, " Syurga itu di telapak kaki Ibu..."
Jodoh bermaksud pasangan....Tuhan ciptakan pasangan lelaki adalah
perempuan....Tuhan tidak tetapkan jodoh kita dengan sesiapa....kita dikurniakan
akal dan perasaan...cari ... berusaha....pilihlah mengikut pilihan sendiri.
Kalau masih berjumpa pasangan....janganlah susah hati....berkahwin bukanlah
satu yang diwajibkan dalam hidup ini....yang wajib ( fardu ain ).... adalah
jiwa yang telah berTuhan satu ketika dahulu ( di alam Roh ) dan dipakaikan
punca rasa itu...adakah tahu berTuhan ketika merantau di muka bumi
ini......punyai rasa kasih kepada Pencipta yang menciptanya.
Apa yang dipertahankan ( rasa malu ) olih keluarga Sdri....pandang hina
masyarakat.....semuanya itu adalah urusan dunia ....satu adat yang tidak laku
di sisi Tuhan.
Pergilah...berkerjalah... walau di mana jua di muka bumi ini....dan yang
penting...teramat penting.....pertahankan khendak ....jiwa sdri kepada Tuhan
Pencipta segala makhluk di muka bumi ini....kerana itulah yang laku di sisi
Tuhan di Akhirat kelak.
Gunakanlah hawa dan nafsu yang dipakaikan ....kekal ...berkhendak kepada Tuhan.
Maaf....hanya sekedar memberi pandangan ringkas.....maafkan saya.
__________________________________________________________
Not happy with your email address?.
Get the one you really want - millions of new email addresses available now at
Yahoo! http://uk.docs.yahoo.com/ymail/new.html