Salam wbt.

Maklumat terkini kuliah Dr MAZA di di Lembah Klang boleh di dapati di 
www.infomajlisilmu.blogspot.com



--- On Sat, 7/12/08, Zamli Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
 wrote:
From: Zamli Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Hilang halatuju, tenggelam dalam isu
Date: Saturday, July 12, 2008, 5:49 PM

Published in the Mingguan which you can also view online. Sitting early this 
morning at a bench at the Taman Tun Market watching people go by my favorite 
news vendor I was observing how people look at the newspapers. To my surprise 
there were quite a number of
 non-Malays who just go for the Mingguan. Looks like he has many new followers 
amongst them! Many of course read through all the news headlines of all the 
papers then just grab their Star or the vernaculars. 


In the Mingguan the mufti continues as usual with his jihad on the current 
attrition. Interesting reading on sense and non-sensibility. My BM is also 
improving, and ilmu. I'm off for my 9-hole walk as they say the morning 
sunlight is good for health despite the pesticides and insecticides that 
pollute.


salam
zamli65i309

Hilang halatuju, tenggelam dalam isu


 Dalam seminggu, negara kita yang tidak sebesar mana ini timbul
berbagai-bagai isu seakan dunia hampir runtuh. Rakyat makin pening dan
mual. Paling mendukacitakan, isu-isu yang tertonjol kebelakangan ini
adalah isu-isu peribadi tokoh-tokoh politik. Seakan masalah mereka
dipaksa untuk rakyat menanggungnya sehingga melupai kenaikan harga
barang, tarif elektrik dan tekanan kehidupan seharian rakyat bawahan.
Entah berapa ribu jam masa rakyat dihabiskan untuk bertekak dan
berbalah mengenai hal dalam kain orang politik.
 Ada yang tidak setuju dengan mubahalah, katanya itu bukan cara
penyelesaian Islam dalam kes-kes berkenaan. Sehingga ada tokoh agama
yang kata dia tidak pernah dengar perkataan mubahalah. Itu lagi satu
masalah kekontangan pengetahuan. Mubahalah telah saya jelaskan minggu
lepas dalam ruangan ini. Ia ada dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi
SAW dan para ulama bagi menghadapi sikap keras kepala pihak-pihak yang
enggan menerima hujah secara baik. Ia bukan proses mahkamah. Tidak
perlu hakim, tidak perlu wang dan tidak perlu junjung al-Quran. Saya
cadangkan ketika keadaan begitu kelam kabut, ada yang kata mahkamah
tidak boleh dipercayai, ada kata konspirasi, ada kata benar, ada kata
rancangan jahat dan berbagai-bagai. Rakyat bertelingkah, keadaan seakan
gawat, masa depan dipertaruhkan dalam isu yang sedemikian rupa. Sama
saja, samaada kes liwat atau Altantuya. Umat Islam yang nampaknya akan
bertelingkah dan berpecah belah sesama sendiri. Tuduh-menuduh berlaku,
tohmah mentohmah terjadi dan serang menyerang peribadi kedengaran di
sana sini. Bagi meredakah keadaan tersebut, saya mencadangkan
mubahalah. Tujuannya, agar maruah tokoh-tokoh itu dapat dipertahankan.
Tiba-tiba ada pula yang marah. Hairan saya. Tidakkah itu dapat
mengembalikan keyakinan awam dan menghapuskan fitnah yang merebak?
Modalnya hanya dengan ungkapan: "Ya Allah jika saya lakukan hal
tersebut (sebut kes) maka laknatilah saya". Kemudian, kita yakin Allah
tidak akan memungkiri balasan bagi kaedah yang telah dinyatakan
oleh-Nya dalam al-
Quran. Jika ada yang tidak mahu, tidak mengapalah. Itu hanya
cadangan. Tiada paksaan dalam cadangan tersebut. Nabi SAW pun tidak
memaksa Kristian Najran apabila mereka enggan bermubahalah dengan
baginda. Hanya Allah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara. Kepada
Allah jua diserahkan segala urusan. Jika sudah ingin akur kepada
mahkamah, maka marilah bertenang sehingga keputusan mahkamah keluar.
Rakyat tidak perlulah diajak berbalah dalam hal ini. Ada yang tuduh
saya UMNO kerana mencadangkan hal ini. Demi Allah, saya tidak pernah
isi borang parti berkenaan. Namun, saya tidak mampu saman penuduh
berkenaan di mahkamah. Mereka yang mengenali saya tahu, saya seorang
yang tidak banyak wang. Tetapi jika penuduh itu hendak bermubahalah,
saya berani, kerana saya tidak pernah mengisi borang parti tersebut.
Bersumpah
Ada pula yang meminta supaya bersumpah dengan nama Allah. Ada pula
kata tidak perlu bersumpah. Perbahasan tentang menafikan keperluan
bersumpah atau kewajaran bersumpah itu telah menelan masa rakyat yang
berjam-jam. Padahal bersumpah itu tidak sampai pun setengah minit. Saya
kata adanya perbezaan antara bersumpah untuk meyakinkan orang yang
dilakukan di luar mahkamah dengan sumpah dalam mahkamah. Jika sumpah
itu merujuk kepada dalam mahkamah, orang yang dituduh tidak perlu
bersumpah sehingga didatangkan bukti. Sebaliknya, orang yang menuduhlah
yang perlu mendatangkan saksi atau bukti. Namun, sumpah di luar
mahkamah berbeza. Ia soal meyakinkan pihak lain, bahawa cerita atau
dakwaan tertentu itu tidak benar, atau kenyataan seseorang itu benar.
Ini seperti apabila isteri menuduh suami ada pasangan luar. Suami pula
menafikan. Isteri pula berkata: "abang bersumpahlah dengan nama Allah".
Jika suami tidak lakukan perbuatan itu, maka tidak salah untuk dia
bersumpah. Tiada nas yang kata suami salah kerana bersumpah sekalipun
dia di pihak yang benar. Justeru itu, Sayidina 'Uthman bin 'Affan
bersumpah dengan nama Allah ketika dia dikepung oleh pemberontak yang
ingin membunuhnya. Kata Sayidina 'Uthman: "Demi Allah, aku tidak pernah
berzina sama sekali semasa jahiliah, ataupun Islam. Tidak pernah aku
ingin menukar agamaku sejak Allah memberi petunjuk kepadaku. Tidak
pernah aku membunuh satu nyawa pun tanpa sebab yang benar. Mengapa
mereka ingin membunuhku?" (Riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Tirmizi dan
Ahmad). Adakah 'Uthman berdosa kerana bersumpah tidak pernah berzina
sedangkan pihak yang ingin membunuhnya belum mendatangkan empat saksi?
Tidak! Sumpah 'Uthman bukan di mahkamah, tetapi sumpah mempertahankan
diri. Namun, tiada paksaan dalam hal ini. Sesiapa yang ingin bersumpah,
boleh bersumpah. Sesiapa yang tidak ingin, tidak dipaksa. Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui sebab seseorang ingin bersumpah atau sebaliknya.
Kepada-Nya kita kembalikan segala urusan. Dia Maha Adil, Dia mengetahui
apa yang tidak kita ketahui.
Ada yang menyebut tidak boleh kita menuduh orang lain meliwat atau
berzina melainkan adanya empat saksi. Saya kata, semua orang wajib
setuju dalam perkara tersebut. Haram menuduh orang lain berzina atau
meliwat tanpa empat orang saksi. Malangnya, politik kita dalam negara
ini, sekali pun sebahagian besarnya Muslim, tuduh-menuduh dalam perkara
zina sudah menjadi biasa. Pentas-pentas politik tidak pernah cermat
menuduh orang itu dan ini dengan skandal seks yang pelbagai.
Laman-laman Internet seakan mempunyai logo halal yang cukup besar untuk
menuduh sesiapa sahaja. Apakah hari ini baru kita sedar perkara ini
haram? Atau ia haram untuk orang lain, tidak haram untuk kita? Allah
menyebut: (maksudnya): "Ketika kamu menerima berita dusta itu dengan
lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya
perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar
dosanya". (Surah al-Nur ayat 15).
Kita semua patut bersihkan iklim politik kita sebagai masyarakat
Muslim daripada keceluparan yang seperti ini. Jika kita masih ingat,
sehingga dalam negara kita seseorang boleh menuduh orang lain murtad
atau ratusan ribu murtad sekalipun atas khabar angin dan tanpa bukti
yang kukuh.
Cuma saya ingin membuat sedikit pembetulan, ada pula tokoh agama
yang kata seseorang yang mendakwa dia menjadi mangsa rogol atau liwat
wajib mendatangkan empat orang saksi, jika tidak dia disebat 80 rotan.
Saya tidak ingin merujuk kepada kes yang sedang berlaku. Tetapi saya
ingin mengkritik kefahaman terhadap masalah qazaf. Ada perbezaan antara
menuduh orang lain dan seseorang yang mendakwa menjadi mangsa rogol.
Apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah
bahawa dia dirogol maka mahkamah syariah akan menyatakan: Awak mesti
mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?
Adakah di dunia ini empat saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang
wanita dirogol di hadapan mereka? Beza menuduh orang lain berzina
dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang
lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara
mendakwa diri menjadi mangsa adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.
Bagaimana seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?
Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang
disebut dalam Surah Yusuf: "Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu,
serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu
terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.
Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi
orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan
dia atau dikenakan azab yang menyeksanya". Yusuf pula berkata: "Dialah
yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang
dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi
pendapatnya dengan berkata: "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka
benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang
yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah
perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.Setelah
suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata:
"Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan;
sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf:
ayat 25-28). Lihat, al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan
dalam peristiwa ini.
Apapun, saya bersetuju dengan perjuangan membela rakyat bawahan yang
terpinggir. Saya menentang penyalahgunaan kuasa, rasuah, pembaziran
harta rakyat dan yang sewaktu dengannya. Lebih yang patut ditentang
sebagai seorang Muslim, jika negara diuruskan tanpa panduan wahyu
Ilahi. Islam bukan retorik atau slogan, tetapi isi dan pelaksanaan.
Kita tidak patut berjuang untuk individu, tetapi untuk prinsip.
Individu boleh datang dan pergi, tetapi prinsip tidak boleh ditukar
ganti. Perjuangan kita bukan menukar nama pemerintah, tetapi prinsip
dan akhlak pemerintah.
Memprotes
 Matlamat tidak menghalalkan cara. Anda boleh memprotes harga minyak
yang naik, tetapi tidak perlu melondeh seluar depan khalayak untuk
menunjukkan protes. Matlamat yang baik, mesti melalui cara yang diredai
Allah. Kuasa untuk menegak prinsip. Bukan korban prinsip kerana kuasa.
Nabi SAW menolak tawaran kuasa oleh pembesar Mekah, apabila terpaksa
menggadaikan prinsip perjuangan. Biarlah perjuangan panjang dan lewat,
asal ia bermatlamat. Sebab itu saya selalu mengulangi kata-kata tokoh
umat yang besar, al-Syeikh Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi yang pernah
ditujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin.: "Wahai Ikhwan Muslimin yang
mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu
bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan
semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana
politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau
menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau
mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang
diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.
Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak,
amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia
meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan
mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal...istimewanya dakwah dan
kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan
kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan
jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintah-Nya dan
menunaikan risalah-Nya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan
untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga
dan pengikut, memperoleh kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah
terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk
mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperoleh pada masa itu
hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada
matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan
mengarahkan kehidupan… Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara
matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir
dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan
kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehnya,
atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia
juga akan melampau jika berjaya. Wajib kepada kita membersihkan akal
dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat,
pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia - dengan
izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah
kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman
agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang
tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang
membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah
Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah
sediakan untuk hamba-hamba-Nya dari ganjaran dan pahala. Kemudian,
faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kepada insan yang
terseksa dan keinginan terhadap keselamatan manusia. Jika pada satu
peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah
dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat
dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk
mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan
bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh
dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain.
Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain,
jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah,
kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri
kepada Allah. (al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama
'araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).
 Saya rasa, prinsip-prinsip perjuangan Islam ini perlu kembali
diingati oleh sahabat-sabahat yang pernah bertekad untuk mendaulatkan
syiar Allah dan Rasul-Nya. Janganlah kerana terlalu banyak isu, lalu
kita hilang halu tuju, sehingga lupa menyebut nama kita, matlamat
perjuangan kita dan lebih utama keredaan siapa yang kita cari?

------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke