Yayasan Pembangunan Nur Hikmah telah menganjurkan Kursus Penyediaan Makanan 
Mengikut Syarak dan Halalan Thoyyiba pada hari ini 13 Julai 2008 bertempat di 
Dewan Kuliah Pejabat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di Taman Mesra, Kajang , 
Selangor. Kursus sehari suntuk ini telah dikendalikan oleh CEO IMP Community, 
Tuan Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad dan telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang 
bakal menjadi pembekal makanan bermasak dan bahan mentah untuk program 
MangkukTingkat.com

Menghadiri kursus Islamic Manufacturing Practice (IMP) adalah merupakan syarat 
utama bagi pembekal makanan bermasak dan bahan mentah untuk program 
MangkukTingkat.com. Melalui kursus ini para peserta akan didedahkan kepada 
kaedah serta amalan yang wajib dipatuhi dalam proses penyediaan makanan mengikut
 syarak dan halalan thoyyiba. Ini kerana bekalan sajian tengahari dan malam 
kepada pelanggan MangkukTingkat.com dijamin kebersihan serta kesuciannya oleh 
IMP.


Komuniti IMP [Islamic Manufacturing 
Practice] iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari 
cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan 
jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan 
pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Program MangkukTingkat yang dilancarkan pada bulan Jun lalu merupakan sebuah 
program sajian makanan kepada mereka yang inginkan gaya hidup yang lebih mudah 
serta penjimatan dalam makanan seharian. Makanan yang dimasak dirumah oleh 
pembekal akan dimasukkan kedalam mangkuk tingkat yang kemudiannya dihantar 
ketempat pelanggan yang melanggannya secara bulanan.

Keterangan lanjut sila rujuk laman web www.mangkuktingkat.com


FOTO : Sebahagian dari peserta kursus


FOTO : Penceramah, Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad





      

Kirim email ke