PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) melindungi deposit setakat RM60,000 di akaun bank kalau bank itu gagal. Banyak iklan telah di keluarkan oleh PIDM utk memberitahu orangramai di media-media. Apakah yang tak betul dengan senario di atas? Dulu Bank Negara Malaysia menjaga bank-bank sehingga 100% duit pendeposit seakan2 dijamin jika ada bank gagal. Jika ada bank gagal, orangramai akan berpusu-pusu ke bank itu untuk keluarkan duit, bank negara akan backup duit pendeposit sehingga tidak ada masalah jika hanya ada satu bank gagal, semua pendeposit akan dapat mereka balik. Hebatnya bank negara. Tiba-tiba aja ada PIDM nak jamin duit pendeposit sehingga RM60,000 saja. Apa dah jadi. Adakah bank negara telah mengelak dari tanggungjawab menjaga wang pendeposit? Penubuhan PIDM tidak menunjukkan kearah kestabilan ekonomi/kewangan negara atau pengurusan risiko, malah sebaliknya. Duit kita dah mula jadi tak selamat apabila bank negara dah mengelak dari tanggungjawab mereka menjaga public monies. Mungkin bank negara dah nampak apabila datangnya financial liberalisation maka bank2 international akan masuk ke malaysia dan bank2 tempatan akan ada yang gagal. Maka bertambah muramlah senario ekonomi/kewangan kita pada masa akan datang. Pada pendapat saya, buang saja PIDM dan Bank Negara kena ambil balik tanggungjawab mereka yang dulu. Pengurusan risiko secara ini boleh digantikan dengan pembangunan ekonomi islam yang berjalan selari dengan ekonomi konvensional. Pegawai2 bank negara hendaklah mempertingkatkan ilmu mereka dan jangan duduk di comfort zone saja. sekian.
