*As per requested.....*
**
*untuk rujukan  seperti dibawah....*
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx


 *Surah Ath-Thalaq Ayat;2 ( juga di kenali sebagai seribu dinar)*
*(2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan
(Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah
cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah
tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. *
**
 *Al-Waqia
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
*
*Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat
mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan
yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa
bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang
dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang
bertebaran, (6) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
(7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan
itu? (8) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
(9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului
(dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai
balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10) Mereka itulah
orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di
dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar
dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari
orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di
atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring
di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda
lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di
sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh
serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang
mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan
sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari
jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis
yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik
parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(23) (Semuanya
itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
(24) Mereka
tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula
sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat!
Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah
bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara
pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang
tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air
yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak
putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat
tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai
jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi
puak kanan; (38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
(39) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40) Dan
puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) Mereka diseksa
dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) Serta naungan dari
asap hitam (43) Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan.
(44) Sesungguhnya
mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum
Tuhan). (45) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) Dan
juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan
tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) Dan adakah juga
datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?
(48) Katakanlah
(kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang
yang terkemudian, (49) Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada
hari kiamat yang termaklum. (50) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai
orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51) Tetap
akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) Maka
kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53) Selepas
itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) Iaitu kamu
akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak
puas-puas. (55) Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut
mereka pada hari Pembalasan itu. (56) Kamilah yang telah menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau
kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
(57) (Mengapa
kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu
pancarkan (ke dalam rahim)? (58) Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami
yang menciptakannya? (59) Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa)
kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat
dikalahkan atau dilemahkan; (60) (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu
dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan
berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak
mengetahuinya. (61) Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui
tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu
mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada
kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat
kelak). (62) Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa
yang kamu tanam? (63) Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang
menumbuhkannya? (64) Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan
tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah
kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, (65) (Sambil berkata): Sesungguhnya
kami menanggung kerugian. (66) Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang
hasil) (67) Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (68)
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang
menurunkannya? (69) Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka
ada baiknya kalau kamu bersyukur. (70) Akhirnya, tidakkah kamu melihat api
yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71) Kamukah yang menumbuhkan
pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? (72) Kami jadikan api (yang
tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang
lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan
kepada orang-orang musafir. (73) Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai)
bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur
akan nikmat-nikmatNya itu). (74) Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan
masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran; (75) Dan sebenarnya sumpah
itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. (76) Bahawa
sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia,
(yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (77) Yang tersimpan dalam Kitab
yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh
makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (79) Al-Quran itu diturunkan dari
Allah Tuhan sekalian alam. (80) Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur
ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
(81) Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan
nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? (82) Maka alangkah
eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke
kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya)
menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu,
tetapi kamu tidak melihat, (85) Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang
yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); (86) Kamu
kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang
yang benar? (87) Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang
"Muqarrabiin", (88) Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat
kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) Dan jika dia dari puak kanan,
(90) Maka
(akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari
puak kanan. (91) Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya),
lagi sesat, (92) Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas
yang menggelegak, (93) Serta bakaran api Neraka. (94) Sesungguhnya (segala
yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (95) Oleh itu,
bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (96) *
**
**
**
**


-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Kirim email ke