Sesiapa yang pernah jumpa ngan saya tentu familiar ngan folder plastik yang
biasa saya bawa. Bukan jumpa saje-saje tapi atas urusan kad kredit bank islam
maksud saya. Folder plastik tu saya gunakan untuk menyimpan application form
kad bank islam tu. Warnanya hijau dan ada gambar anak badak kat salah satu
bucunya. 1st time saya gunakan masa saya berjumpa dengan encik Rostam iaitu
salah sorang ahli group respeks. Beliau keje kat yayasan selangor kat pj. So,
sebelum kami berjumpa, saya singah jap kat amcosp mall untuk beli folder
berkenaan sebab masa tu saya simpan application form kat dalam beg.
Kat dalam LRT beberapa hari lepas masa saya ngah berdiri, ada sorang budak
pompuan masuk. Dari gayanya berbaju kurung warna putih dan berkain hitam saya
dapat mengagak yang beliau budak sekolah. Pastu ada dua tiga biji beg yang
dibawa bersama. Masa tu pengguna LRT takde la ramai sangat dan saya antara yang
bertuah sebab kena berdiri. Saya lihat gadis tu berdiri kat tengah-tengah
sambil dihimpit oleh beberapa pompuan lain. Beliau berdiri tanpa memegang
apa-apa tiang.
Kesian pula saya tengok. Kalau la saya tengah duduk masa tu, belum tentu saya
bagi tempat duduk milik saya tu padanya. Saya pula sedang berdiri sambil
bersandar kat pintu dan kebetulan kat sebelah saya memang kosong, takde sape
berdiri kat situ. Kalau sesiapa yang biasa naik LRT akan tau kat tepi pintu tu
memang ada besi penghadang. Jadi, dalam otak saya ni saya nak panggil dia
berdiri kat situ. At least dia boleh stand kat tiang tu sambil menjaga
keselamatan begnya dari dilangkahi oleh orang lain. Tapi macam mana saya nak
bagitau gadis berkenaan tentang niat murni saya tu?
Oh ya, gunakan folder plastik. Jadi, dengan folder plastik tu saya pun
menyentuh bahunya. Gadis tu hanya memandang bahunya tapi langsung tak pandang
belakang. Eh, die buat tak tau je? Dalam masa yang sama ada 2-3 orang lelaki
memandang saya dengan wajah kehairanan. Saya pula yang jadi malu sendiri hehe..
lupa pula yang kita semua ni berada dalam LRT dimana disekeliling kita ni ialah
orang asing. Jadi jangan layan mereka semua. Jangan pandang belakang. Mungkin
itu bisikan hati gadis tu.
Saya pula, lepas kejadian tak sabar-sabar untuk tiba ke destinasi. Malu
rasanya. Moral yang saya dapat hari tu, nak buat baik kena la tengok tempat.
Kalau tak orang akan salah anggap sebab mereka bukan boleh baca isi hati kita
pun. Saya terfikir, jika pompuan dewasa yang ada kat tempat gadis tu, adakah
beliau akan merampas folder plastik saya tu untuk digunakan sebagai pelempang?