Assalamu`alaikum...
Bahagianya rasa..., bila dapat membantu beliau..., menemui jalan..., kembali
kepada cara hidup hakiki yang asal..., iaitulah Ad-Deeen Ul-Islam...
Semoga ALLAH jadikan dia dan kita semua..., menjadi orang-orang Islam yang
sebenar-benarnya beriman dan bertaqwa kepada ALLAH..., kemudian kita semua
bersungguh-sungguh berjuang di Jalan ALLAH dalam ruang lingkup kita
masing-masing yang ALLH izinkan..., dan akhirnya kita semua ALLAH izinkan untuk
mengakhiri kehidupan kita sebagai orang yang mati Syahid..., kerana berjuang
dijalan ALLAH..., {jangan fikir letupkan diri sahaja dikira mati
Syahid...; mati dilanggar kereta ketika kita dalam perjalanan ke masjid untuk
solat, atau mati masa tengah menunut ilmu... yang soleh, dan seumpamanya...,
juga InsyaALLAH adalah mati Syahid juga; ... ... }..., ... yang mana dengan
mati syahid itu..., InsyaALLAH, semua kita akan dimudahkan urusan hisab amalan,
ketika di Akhirat nanti..., dan InsyaALLAH akan One-Way Ticket masuk Syurga
Firdaus serta dihindar drp Azab API Neraka yang mengaum menyala-nyala..., dan
kekal kita dalam Syurga Firdaus itu selama-lamnya...
Ameeen Ya ALLAH... Ya WALIYY UL-BAQIY...
Wassalam
Mr. Agi Idup Agi Ngelaban FILLAH.
=====================================
--- On Mon, 7/14/08, Mohd Yazan [EMAIL PROTECTED] <Mohd Yazan [EMAIL
PROTECTED]> wrote:
From: Mohd Yazan [EMAIL PROTECTED] <Mohd Yazan [EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 'Saya sekarang Muhammad Leo….
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, July 14, 2008, 10:50 PM
Alhamdulillah. .hidayah Allah itu bersama mereka yang mencari kebenaran bersama
ketenangan.. .Syukur kini kita bersaudara.. .seAgama
2008/7/13 IslahGateway <islahgateway@ gmail.com>:
'Saya sekarang Muhammad Leo….'
Oleh: LUKMAN ABDULLAH
"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah
jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau
tertarik memeluk agama Islam.
Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya
perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam
sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.
Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada
tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh
Iman Besar Negeri Sarawak.
Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo
agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun
akhirnya menjawab juga beberapa soalan.
Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat
orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.
"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya
di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai
Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana
ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.
Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang
mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.
"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti
pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya.
Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan
ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.
Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan
awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan
di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers
Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.
Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan
Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM
kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.
Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.
Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua
Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.
Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah
Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan
Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak
tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.
Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan
Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan
memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.
Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen
kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.
Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi sebagai Menterinya.- 11/7/2008
http://agendadaily. com/cmspreview/ content.jsp? id=com.tms. cms.article.
Article_dc758610 -cabec5bb- 12f50470- 43ef7b1f
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia'
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847
http://palestinkini .info/
http://jim.org. my/galeri/ pdf/flyer_ palestin2a. pdf
Disaster and Emergency Response Unit [Deru] Donation:
Masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs .com/jimderu/ index.htm
Moderator
Ikhwanul Muslimun