Assalamualaikum semua………….
 
Sudah 10 tahun kami berkahwin. Bahgia dengan 2 anak lelaki. Apa yang dapat saya 
katakan di sini ialah sikap suami saya yang sering ingin mencuba untuk 
dicintai menjadi topic pergaduhan kami senantiasa, pernah beberapa kali suami 
saya terlalai.Kami gaduh besar, saya sendiri binggung apa yang dia hendak dari 
sebuah kehidupan yang kami bina dan dia sendiri akui kami bahagia. Kecantikkan 
dan tingkah laku sering saya jaga supaya dia tidak menunding jarinya pada saya.
Baru baru ini suami saya terlalu asyik dengan isteri orang yang sama ofis yang 
merangkap Ketuanya sendiri. Saya terlalu percaya, tak pernah ungkit tapi saya 
selalu di marahi hanya kerana bertanya kemana dan mengapa dia yang dijadikan 
pilihan oleh perempuan itu (ketua). Saya pendam, saya derdoa kepada Allah. 
Allah lah sahabat setia saya. Allah begitu kasihkan saya ditunjukan email suami 
kepada wanita tersebut. ada balasan dan baru bermula. Pedihnya tak 
terhingga. Mulut kata dah maafkan tapi hati Allah saja tahu, saya mengalami 
depression sekejap. Saya lawan dengan aktiviti motivasi dll. Tapi kesedihan 
tetap datang. Lama2 saya rasa lali dah. Saya rasa bosan, kosong dan tawar pada 
suami. Berkali dia cuba berbaik, cuba kembalikan cinta kami, cuba gain trust. 
Tapi saya seperti sukar. Suami hanya cakap hanya email sahaja dan takde affair. 
Tapi email kata2 romantik itu bagi saya menghampiri zina dan lebih terpukul dia 
bagi pada isteri orang yang saya trust
 dia berkawan. Saya tak sanggup tengok muka suami kekadang. Saya cuba sedaya 
upaya sibukan diri. Tapi perasan benci tetap datang. Marah saya tak habis 
padanya. Alasan yang saya dengar dan kajian yang saya selidiki Suaminya 
terlalu sibuk dan sering tiada bersamanya. Suami sayalah tempat dia meraih 
perhatian, tetapi sebelum dia meraih perhatian suami saya dia terlebih dulu 
menunjukkan prihatinnya yang melampau kepada suami saya, sebagai contoh jika 
suami saya tidak sihat, membeli makanan kesukaan dan sering menelefon suami 
saya jika suami saya tiada di depan matanya. Layanan melebihi layanan seorang 
Ketua kepada Pekerjanya. Suami suka pula akan ceritakan apa dia suka buat kat 
famili and wanita ini suka dan compare dgn suami dia. Maka bermulalah 
panggilan, sms dan email berbaur romantik. Ini cuma saje suka2 tapi hati suami 
saya dah terdetik. Saya teramat sedih. Kepada isteri orang tu, cuba 
berkomunikasi dgn suami anda dan cakapkan apa yg anda ingini.
 Saya tahu awak tak bermaksud tapi tindakan kamu telah merosakan hubungan saya 
dan suami sekarang. Pada suami saya minta maaf sesangat, sukar saya nak terima 
pekara tersebut sebagai takde apa2. Bagi saya, awak didik saya menjauhi pekara 
yang menghampiri zina, jaga mertabat diri sebagai isteri. Senangnya iman awak 
goyang hanya kerana manjanya seorang wanita yang perlu perhatian. Alasan yang 
saya terima dari suami saya kerana terpaksa  dia adalah ketuanya di pejabat, 
untuk mendapatkan kenaikan gaji atau pangkat dia harus akur, saya jadi serba 
salah. Untuk mendapatkan sesuap nasi bagi kehidupan kami hati saya menanggung 
kepedihan melihatkan keakraban mereka hari demi hari, entah apa yang harus saya 
tempuhi selepas ini kerana saya dpat melihat benih benih cinta sedang berputik 
yang mana sukar bagi saya mengambarkan pada para pembaca.
Bagaimana untuk hati saya mempercayai suami? Suami dah mintak maaf, dan katanya 
dah berubah. Dia nak saya trust dia balik. Saya kata saya tak boleh. Sukar bagi 
saya. Sekarang boleh dikatakan tiap2 hari saya gaduh. Saya dah mula meluahkan 
ketidakpuashati saya. Pastu saya pujuk hati, suami tak kan buat. Tapi bila 
saya mengingati kecurangannya yang dulu saya dah tak boleh terima. Saya dah tak 
boleh percaya tapi dia seolah2 memaksa saya percaya dia balik. Perkahwinan 
perlu berlandaskan kepercayaan. Katanya. Tapi kalau tak percaya macamana?
Sikap dia yang memaksa membuat saya tambah benci pada dia hari2. Tapi saya 
sayangkan rumahtangga saya. Mungkin kelemahan membuatkan isteri seperti 
ini membuatkan kita ditindas serta dipermainkan oleh suami sendiri.
 
Assalamu'alaikum. ...
 
Perlukah kte memaafkan suami yg x pernah ikhlas tuk memohon maaf.????Beribu 
kali mengatakan maaf tetapi knyataannya masi menyintai pompn yg mnyebabkan 
keruntuhan rumahtgga.Hati sya terlalu pedih mengingati kecurangan suami yg tak 
takut pada HUKUM ALLAH SWT.Maksiat dan pembohongan da sebati dlm dirinya.Sya n 
anak2 menjadi mangsa perasaan.
 
Lelaki yg sebegini rupa memang tak kenal erti BERSALAH…malah boleh create citer 
baru yg membolehkan kita yg bersalah dlm rumah tangga nieee….Lelaki jenis nieee 
memnag lelaki tak berguna…tapi saya rasa si suami kalau ada agama dia adalah 
seorg yg bertanggungjawab kan….? rumahtangga yg di REDHOI ALLAH sentiasa akan 
sejuk n harmoni….saya teringin sangat utk mendptkan kebahagiaan rumahtangga yg 
sebenar2nya……BERDOA lah wahai isteri2 yg teraniaya….hanya padaNYA kita boleh 
memohon bantuan….dan percayalah bahawa ALLAH sentiasa mendengar rintihan 
kita….n masih ada SINAR di hadapan…..PERCAYALAH…..
 
 
 


      Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke