Seminar Kecemerlangan Wanita Islam 2008
02/07/2008
29hb Jun 2008, Bandar Tasik Selatan , Kuala Lumpur..
Seramai 320 orang warga Kuala Lumpur telah sama-sama menghadiri Seminar
Kecemerlangan Wanita Islam anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) , Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Kuala
Lumpur ( WJIM KL) dan Masjid Al Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Program bermula dengan majlis perasmian oleh Al Fadilah Ustazah Imlah bt
Abdul Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Unit Hadhari ,JAWI.
Selepas perasmian, majlis diserikan pula dengan Pemasyhuran CAKNe –
PUSRAWI yang disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mahmood Wan Yaacob, Pengurus
Besar, Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.
Pemasyhuran itu pula disusuli dengan pertukaran MOU kerjasama, antara
Unit CAKNe ( Cancer Associates And Kindreds Networking ) dibawah Pusat Sokongan
Wanita dan Keluarga Islah ( PAKSI JIM ) dengan Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd
sebagai ”base hospital”. Wanita JIM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Harlina
Halizah Hai Siraj , Ketua Wanita JIM Pusat dan Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd . pula
oleh Tuan Haji Wan Mahmood Wan Yaacob, Pengurus Besarnya.
CAKNe – PUSRAWI menawarkan perkhidmatan khidmat sokongan dan runding cara
kepada pesakit barah dan keluarga mereka. Kad panduan adab melawat pesakit dan
adab pesakit juga diberikan sebagai tandahati dari CAKNe – PUSRAWI kepada para
peserta.
Satu kenyataan akbar sempena seminar ini telah dikeluarkan oleh Ketua
Wanita JIM Kuala Lumpur , Dr. Niekmah Adam . Kenyataan akhbar itu bertajuk
”Kesihatan Wanita Di Kota Metropolitan-Sihat Spiritual dan Fizikal, Sejahtera
Sosial dan Mental”. Sidang akhbar itu disertai juga oleh Ketua Wanita JIM
Pusat, Pengerusi dan Imam Masjid Al Muqarrabin, Pengurs Besar Hospital PUSRAWI
Sdn. Bhd. PAKSI JIM, YDP JIM Kuala Lumpur. Mereka ini mewakili komuniti
setempat , badan korporat dan organisasi bukan kerajaan yang akan berkerjasama
memberi khidmat yang berterusan dalam mendidik masyarakat dan seterusnya
membudayakan amalan hidup yang sihat dan seimbang .
Sepanjang seminar ini dua kertas kerja telah disampaikan iaitu Sihat
Spiritual dan Fizikal, Sejahtera Sosial dan Mental oleh Prof. Madya Dr. Harlina
Halizah Hj Siraj (HUKM) dan kertas kerja kedua ” Anda adalah apa yang anda
makan” oleh Dr. Maimunah Fadzil (Hosital Besar Melaka)
Sessi petang diisi dengan forum bertajuk ”Yang Kudus , Yang Mulus” . Ahli
panel untuk forum kali ini adalah panel yang tidak asing lagi iaitu Al Fadilah
Ustazah Saimah Mukhtar , Timbalan Pengarah JAWI, Bahagian Pengoperasian dan Dr.
Hafidzah Mustakim , Pengamal Perubatan dan Penceramah Bebas dari Kota Bharu
Kelantan.
Keseluruhan program ini berjaya kerana kumpulan sasar adalah komuniti
Qariah Masjid Al Muqqabbin dan mereka adalah 95 % dari kehadiran seminar.
Seminar ini juga berjaya menggembelengkan agensi kerajaan, komuniti setempat ,
badan korporat dan organisasi bukan kerajaan dalam satu usaha kerjasama untuk
memberi khidmat yang berterusan dalam mendidik masyarakat.
Jazakallah dan tahniah kepada semua yang telah yang hadir dan bertungkus
lumus menjayakan Seminar Kecemerlangan Wanita Islam anjuran bersama JAWI , WJIM
KL dan Masjid Al Muqarrabbin pada kali ini.
Dan Alhamdulillah, 10 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan CAKNe –
PUSRAWI dan 7 orang mendaftar ahli JIM
Salam Amal
Rosliya Abbas
Pengarah Program
http://jim.org.my/modules.php?module=berita&kerja=tengok&id=237
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia’
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847
http://palestinkini.info/
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf
Disaster and Emergency Response Unit [Deru] Donation:
Masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm
Moderator
Ikhwanul Muslimun