Assalamu'alaikum...
Berikut adalah dipetik dari:
http://muzir.wordpress.com/2008/07/17/ke-mana-rm9-billion-duit-ummat-islam-malaysia-setiap-bulan/
“PURATA ORANG MELAYU DI MALAYSIA BERBELANJA RM9 BILLION SEBULAN!!!”
Maklumat di atas telah saya perolehi dari seorang peserta yang telah menghadiri 
mesyuarat dengan GABEM iaitu Gagasan Badan Ekonomi Melayu baru2 ini.  Saya 
terkejut!  Wah, sebanyak itu jumlah RM yang telah dibelanjakan oleh orang 
Melayu (Muslim) dalam berbelanja setiap bulan!  Ternyata, tak dapat disangkal 
lagi, ummat ISLAM di Malaysia hatta di seluruh dunia menyediakan peluang 
pasaran kepada para peniaga.  Malangnya, ia telah direbut dek orang lain.
Saya ingin mengajak tuan/puan berfikir sejenak akan maklumat yang saya perolehi 
dari beliau.  Maklumat seringkas ini yang saya tulis di atas mempunyai berbagai 
perkara boleh kita rungkaikan.  Terutama sekali mengenai kekuatan ekonomi ummat 
Melayu.  Saya lebih suka menyebutnya sebagai ekonomi muslim.
Persoalannya:
Ke mana perginya 9 BILLION ini?
Kembali ke poket ummat ISLAM atau ke poket ummat lain?
Kembali ke syarikat ummat ISLAM atau ke syarikat lain?
Dan tanyakan juga perkara2 ini di dalam hati tuan/puan:
Selama ini saya beli barangan harian di mana?
Saya selalu makan di restoran mana?
Saya beli peralatan rumah di mana?
Saya berurusan bank di bank milik siapa?
Saya mendapatkan khidmat kontrak ubahsuai rumah dari siapa?
Saya ambil produk kewangan seperti Takaful, unit trust dari siapa?
Dan lain-lain lagi.  Panjang senarainya…

Ke mana seringgit ini akan pergi?
Memang kita tak mampu untuk membuat pilihan.  Lantaran pilihan kita terlalu 
terhad.  Tak banyak usahawan muslim di luar sana.  Namun, utk bermudah-mudah 
dalam hal ini, saya rasa tidak wajar kita jadikan ia sebagai amalan.  
Seharusnya, kita cuba dahulu untuk mencari dan mencari.  Buangkan paradigma 
yang membalut fikiran kalian bahawa produk/perkhidmatan ummat ISLAM tidak 
bermutu atau rendah kualiti.  Belum cuba, belum tahu.
Baru-baru ini ada suara-suara di luar sana mengajak kita ummat ISLAM memboikot 
syarikat pengeluar minyak nasional baru-baru ini.  Lepas tu diajaknya pula 
membeli minyak dari syarikat jenama luar negara.  Amat memelikkan saya.  
(Rujuk: http://muzir.wordpress.com/2008/07/10/saya-tak-boikot-petronas/)
Usahlah disambut seruan yang merugikan itu.  Ini adalah contoh seruan dan sikap 
yang pelik ditunjukkan oleh ummat ISLAM.  Ia merugikan kita, tidak 
menguntungkan.  Teruskanlah membantu dan menyokong syarikat yang dimiliki oleh 
ummat ISLAM. 
Saya tak menyuruh untuk memboikot produk/perkhidmatan yang disediakan oleh 
orang belum-ISLAM.  Selagi, ia tidak bercanggah syara’, nah silakan.  Dalam hal 
muamalah, ISLAM memberi ruang yang fleksibel.  Cuma, saya mengharapkan kita 
agar mempunyai sedikit sentimen, iaitu sentimen ‘MENYOKONG PERNIAGAAN UMMAT 
ISLAM’, itu sahaja.  Nampak kecil, tapi sebenarnya ia memerlukan peralihan 
paradigma yang besar.  Dan menuntut pengorbanan yang besar juga.  Mudah2an 
usaha & pengorbanan yang besar itu diganjari ALLAH subhanahu wata’ala.  Lillahi 
ta’ala…
Samada tuan/puan adalah usahawan ataupun pengguna muslim, tuan/puan mempunyai 
peranan dalam memperkuatkan ekonomi ummat ISLAM, khususnya di Malaysia.  
Sama2lah kita saling sokong-menyokong.
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan 
jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu 
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."  (al-Maidah ayat 2)
"Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengokohkan 
satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan 
beliau)." (Mutafaq’alaih)
"Allah selalu menolong selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim)." 
(HR. Ahmad)
Jika tuan/puan sedar dan mula bertindak sekarang membantu/menyokong perniagaan 
ummat ISLAM, maka tuan/puan telah memadamkan satu daripada banyak sebab kenapa 
ummat ISLAM mundur.  Perjuangan kita masih jauh…
wAllahu ta’ala a’lam.
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS Sdn Bhd
 
h/p no :  019 - 382 6408
e-mel  :  [EMAIL PROTECTED]
website:  www.takafulonline.net

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke