JOHOR BAHARU: Mereka yang masih menunggu pembentukan kerajaan baru di
bawah Pakatan Rakyat harus merasa bimbang kerana pemimpinnya iaitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mempunyai satu dasar ekonomi yang
konsisten untuk diketengahkan kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.Beliau
berkata, apa yang diperkatakan oleh Anwar yang juga Penasihat Umum
Parti Keadilan Rakyat menerusi Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang
diperkenalkannya, janji kempen pilihan raya umum lepas hingga kepada
hujah semasa debatnya bersama Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek
Selasa lalu, sering berubah-ubah."Kaedah pengurangan caj kapasiti oleh
penjana kuasa bebas (IPP) seperti yang dicadangkan oleh Anwar semasa
debatnya dengan Shabery, amat bertentangan dengan AEB yang
dibentangkannya di hadapan tokoh-tokoh perniagaan antarabangsa di
Singapura tidak lama dulu."Ia bukan cadangan yang baik tetapi
membahayakan ekonomi negara kerana ia akan mengambil keuntungan IPP
secara rakus sedangkan janjinya adalah untuk berlaku adil, probisnes
dan menghormati undang-undang," katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat cawangan-cawangan Umno dalam Bahgian Johor Baharu, di sini
hari ini.Dalam debat itu Anwar mencadangkan penurunan caj kapasiti yang
dibayar oleh IPP kepada Tenaga Nasional Berhad bagi memperoleh
penjimatan sebanyak RM2 bilion."Saya tak faham bagaimana ia dapat
memberikan pulangan tunai kepada kerajaan," kata Shahrir yang
menyifatkan cadangan itu sebagai melanggar perjanjian IPP-TNB dan akan
menimbulkan kesan negatif terhadap negara terutamanya kepada pelabur
asing.Katanya, kaedah tersebut hanya dapat digunakan secara "one off"
atau sekali sahaja bagi menyelesaikan masalah harga minyak.Shahrir
berkata, jika itu dilakukan, pada tahun berikutnya Pakatan Rakyat
(sekiranya berjaya memerintah) akan terpaksa menggunakan alternatif
lain untuk menyelesaikan kenaikan harga minyak atau menggunakan lagi
kaedah penurunan caj kapasiti itu, yang mana penggunaannya secara
berterusan akan memufliskan IPP.Bagi kerajaan Barisan Nasional pula,
pemberian subsidi bagi mengurangkan harga minyak dibuat setiap tahun
sebagai penyelesaian jangka panjang yang menguntungkan rakyat di semua
peringkat, katanya.Shahrir juga berkata, Anwar telah menyokong kenaikan
harga minyak sebanyak 28 sen daripada RM1.92 seliter berbanding
kenaikan sehingga RM2.70 seliter yang dibuat kerajaan, namun beliau
tidak mencadangkan pemberian rebat sebagaimana yang diberikan kerajaan
kepada rakyat.Menurut Shahrir, idea Anwar juga tidak dapat membantu
mengurangkan kesan inflasi dan juga golongan berpendapatan rendah
kerana ia hanya memfokus kepada pengurangan harga petrol dan tidak
termasuk harga diesel."Tumpuannya hanyalah kepada menurunkan harga
petrol sebanyak 50 sen daripada RM2.70. Kalau kita menurunkan harga
petrol, kita hanya akan menguntungkan mereka yang menggunakan kenderaan
persendirian."Sepatutnya cadangan itu bukan untuk petrol tapi diesel
juga yang lebih mempunyai hubungan langsung dengan golongan
berpendapatan rendah dan kenaikan harga barangbarang," katanya.Kata
beliau, pengurangan harga diesel akan menjamin kos yang rendah bagi
pengangkutan awam yang digunakan golongan berpendapatan rendah dan
pengangkutan barangbarang bagi menjamin harga barangbarang tidak
melambung naik."Diesel bersubsidi pada harga RM1.43 akan terus
diberikan kerajaan melalui fleet card kepada pengangkutan awam, bas
sekolah, bas ekspres dan sektor yang berkaitan."Daripada 10 bilion
liter diesel yang bakal digunakan setiap tahun, antara 6 dan 7 bilion
liter bersubsidi akan disampaikan kepada sektor pengangkutan awam dan
barangan," katanya.Beliau mahu Anwar membentangkan cadangan yang lebih
jelas bagi mengurangkan harga minyak kerana menurutnya cadangan yang
samar-samar hanya menunjukkan Anwar tidak tahu apa yang hendak beliau
lakukan. BERNAMA

-mSTAR Online

TP - kalau ku panggil menteri ni BINATANG LEMBU kang ada yang
marah...oi Shahrir LEMBU...engkau ingat rakyat bagi engkau jadik
menteri nak suruh engkau berniaga ke? Shahrir quot "Saya tak faham
bagaimana ia dapat memberikan pulangan tunai kepada kerajaan," kata
Shahrir yang menyifatkan cadangan itu sebagai melanggar perjanjian
IPP-TNB dan akan menimbulkan kesan negatif terhadap negara terutamanya
kepada pelabur asing."...pulangan tunai? engkau ingat kerajaan tu kedai
runcit ke??? semua engkau nak buat bisnes?...kalau kau lapar sangat
dengan duit...engkau pi jumpa Najib...engkau gadai pungkoq engkau kat
Najib...
Apa pulak perancangan menteri rambut putih ni untuk kurangkan beban
rakyat??? banyakkan bercakap? lagi la terbeban rakyat dengan cakap "0"
rambut putih ni...Lagi 1...kenapa mintak Anwar pulak kemuka cadangan?
engkau dah putus akal ke? kalau dah rasa kepala hotak tu dah
buntu...letak jawatan la...pi jadik LEMBU nu!!!Khak Ptuih!...amik kau
DNA aku!



--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/20/2008 07:00:00 AM

Kirim email ke