Assalaamu'alaikum
  Antara KEMUSYKILAN yang bermain di minda saya:
   
  1. Saiful buat laporan polis. Menuduh DSAI meliwatnya beberapa kali. 
Keputusannya : Orang yg KENA TUDUH ditahan. 
   
  2. Raja Petra dlm akuan bersumpahnya menuduh wife TPM terlibat dlm pembunuhan 
Altantuya.
  Keputusannya : Orang YANG MENUDUH kena tahan.
   
  Very contradict kan? Kenapa ya? Agaknya sbb dlm kes no 1 - org yg menuduh 
berada di sebelah KERAjaan be end. Tapi dlm kes 2 org yg dituduh pulak wife 
pemimpin no2 KERAjaan be end.
   
  So lepas ni....kalau nak buat akuan bersumpah @ laporan polis.....pastikan 
anda potretkan dri anda sbg penyokong umno. Kalau dpt tunjukkan yg anda tu 
PENYOKONG TOTOK umno....LAGI BAGUS. Kalau boleh....pi bergambar dulu dgn mana2 
pemimpin umno @ menteri2 umno. Kalau anda tersalah lapor pun....konpom anda 
akan "diselamatkan" oleh pemimpin2 yg "kurang akal" tu....
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
                    siti...mmg betul kata awk...semua ini adalah fitnah dari 
kerajaan...
  sepatuutnya najib juga mesti kena tahan berikutan dari akuan bersumpah..dan 
dia mst 
  digantungkan perkhidmatan utk disiasat..tp nape xditahan..nape anwar?
  mungkin bala menarik balik akuan itu sbb dapat ugutan dari pihak yg lg satu..
  ye la..nk heran apa altantuya pun di bom aptah lg bala...leh tembak cam tu 
ja..si bala tu..
  then tutup kes..so..mungkin bala menarik balik kerana ada ugutan..

--- On Mon, 7/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

  From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] fitnah ke betul?
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, July 14, 2008, 7:30 PM

                salam.
   
  pada pendapat anda semua la kan,mengenai akuan bersumpah bala yang pertama 
tu,adakah ada kebenaran atau dia saja mencari publisiti? saya pun xfhm.kalau 
betul la dia mereka2 akuan tu,cmana plak dia dapat idea ttg exact amount of 
money paid pada altantuya,etc. adakah sebenarnya dia di pihak yang betul tetapi 
kerajaan kita cuba menutup kesalahan yang dilakukan oleh najib mamndangkan dia 
adalah pemimpin negara?
   
  adakah kes liwat ttg Dr Anwar tu betul?atau adakah kerajaan BN saje je nak 
fitnah dia untuk mengalih perhatian rakyat dari kes najib kepada dia?saya tau 
ada rahsia di sebalik semua ni.mmg keadaan malaysia dah teruk.pemimpin yang 
bersalah,masih lagi diagung2kan. mmg betul lah undang2 manusia xboleh diguna 
pakai.disuruh bersumpah dengan nama allah untuk membuktikan sapakah yang berada 
di pihak yang benar.smua tak berani.sbb tau dia salah.takut dpt balasan allah 
cash kt dunia ni.
   
  Allah tu maha adil.bila dah mati,pemimpin ke,ada pangkat ke,ada gelaran 
berjela2,smuanya akan dihisab.masa tulah mereka akan diberi balasan ats apa 
yang dikerjakan tnpa memilih bulu.nak harapkan msia amalkan undg2 islam,agaknya 
sampai kucing bertanduk kot.rsa mcm lemas plak tggl di msia.pmimpin yang 
berdosa diagung2kn.org yg bnar difitnah.fitnah akhir zaman amat 
dahsyat.entahlh. hanya allah sahaja yang maha mengetahui.hanya dia yang 
membalas seadil2nya.
   
  wallahualm..

--- On Thu, 7/10/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

  From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bala 'lari' kerana diancam - Syed Hamid
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Thursday, July 10, 2008, 7:30 PM

            Bala ni pun bijak cam Anuar gak..  dia pun tau dia takkan selamat 
dengan kerajaan kita..
  polis kita mana leh caya..
   
  polis&kerajaan tentu ler akan backing najib!!
        ============ ========= =========  Bala 'lari' kerana diancam - Syed 
Hamid     Oleh TAN MING WAI
  
  KUALA LUMPUR 10 Julai - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang 
mencetus kontroversi menerusi dua akuan bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan 
Altantuya Shariibuu, meninggalkan negara ini bersama keluarganya atas faktor 
keselamatan selepas beliau menerima ugutan.
  Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan, beliau hanya akan 
diberi perlindungan oleh pasukan itu sekiranya Balasubramaniam pulang ke negara 
ini, bukannya "lari" ke luar negara.
  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, dakwaan 
Balasubramaniam mengenai keselamatan diri dan keluarganya itu disampaikan 
kepada sepasukan anggota polis yang dihantar mengambil keterangannya di salah 
sebuah negara jiran.
  "Dia buat kenyataan itu ketika polis ambil keterangannya di luar negara. Dia 
bagi tahu, dia ke luar negara kerana terlampau banyak publisiti tentang 
dirinya, dia takut keselamatan dia dan keluarganya terancam," katanya.
  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan simposium 
mengenai Sains Forensik dan Undang-undang Jenayah di sini hari ini.
  Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri 
Zinin menjelaskan, Balasubramaniam menyatakan mengenai ugutan yang diterimanya 
kepada sepasukan anggota polis yang merakamkan keterangannya di luar negara 
baru-baru ini.
  Dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di 
sini hari ini, beliau bagaimanapun enggan mengulas bentuk 'ugutan' yang 
diterima oleh penyiasat persendirian itu.
  "Polis akan siasat dari mana datangnya ugutan terbabit," jelasnya.
  Sehubungan itu, katanya, PDRM tidak boleh memberi perlindungan kepada 
Balasubramaniam kecuali selepas beliau pulang ke tanah air dan memohon mengikut 
peruntukan undang-undang sedia ada.
  "Buat masa ini, polis tak boleh jamin keselamatan dia dan keluarganya kerana 
mereka sekarang di luar negara, itu di luar bidang kuasa kami.
  "Namun kalau dia ada permohonan (selepas pulang ke Malaysia), polis sedia 
mengkajinya, " katanya.
  Balasubramaniam yang hilang sejak minggu lalu, berjaya dikesan oleh polis 
berada di salah sebuah negara jiran menerusi bantuan pasukan polis negara 
terbabit.
  Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan negara tempat Balasubramaniam dan 
keluarganya kini berada.
  Dalam pada itu, Mohd. Bakri menegaskan, tindakan penyiasat persendirian itu 
meninggalkan negara bersama keluarganya adalah atas kerelaan mereka tanpa 
dipengaruhi mana-mana pihak.
  "Polis kecewa dengan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan pihak polis 
dengan kehilangan Bala sekeluarga.
  "Kami sentiasa kerja keras di samping bertindak mencari kebenaran dan 
menyelesaikan kes ini segera. Kami tiada motif tertentu," ujarnya.
  Ditanya sama ada Balasubramaniam ada menyatakan hasrat untuk pulang, Mohd. 
Bakri berkata, pihaknya tidak dimaklumkan perkara itu.
  Sementara itu, mengenai kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat 
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau enggan mengulas perkembangan tersebut 
sambil menjelaskan ia masih dalam siasatan.












                           

       
---------------------------------
  New Email names for you!  
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Kirim email ke