Jul 20, 08 9:00pm
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS
apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat
tertinggi PAS."Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada
motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan
pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?"Atau
beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan
yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau
boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam
laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.Abdullah hari ini
mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin
peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan
dengan dengan keagamaan.Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno
dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak
disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."Nik Aziz
tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh
tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat
keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran
bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.‘Mahu kukuh kedudukan'Mengulas mengenainya,
Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan
pertemuan tersebut, "walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah
lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin,
sebesar mana pun pemimpin itu.""PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan
dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk
musyawarah," tegas beliau.Selain mahu memecahbelahkan PAS, Husam
berkata, niat Abdullah ialah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno
di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan
keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menjarakkan semula PAS dari sokongan
bukan Melayu."Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam'
yang dilemparkan oleh Dr Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang
dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur
semula dalam pilihanraya 2004," katanya.Husam menegaskan bahawa
perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan
mengkesampingkan perpaduan umat Islam dan tidak pula menjadikan
perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.Perpaduan
Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang
semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti
dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh
seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman
politik dan keadilan untuk semua.Kepercayaan bukan Melayu"Perpaduan
versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan.
Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan
nasional," tegas beliau.Sehubungan itu, Husam mengingatkan bahawa utama
pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah,
bahkan kekal bersatu."PASlah satu-satunya parti yang paling stabil,
kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan
memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan
percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS
ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula,"
katanya.PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan
masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati."Islam menekankan
kepada kesetian terhadap janji," tegas Husam.
Komen Nik Aziz
Sementara itu, Nik Aziz pula, ketika mengulas perkara itu, mengingatkan
pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin
Umno,bahawa mereka hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan
perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua
parti.Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan
kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu
agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.Nik Abdul
Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika
pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti
menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah
diri.Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk
mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti."Kalau
nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan
pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada
pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari
ini.Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga
kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud
pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan
peribadi.Bukan atas nama partiBeliau berkata pertemuan antara parti
dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah
terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada
parti gabungan."Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara
individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara
langsung kepada individu terbabit," katanya.Mengenai muzakarah yang
disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai
Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara
dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga."Kalau di peringkat
dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak
ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik,"
katanya.Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama
parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai
isu agama untuk kebaikan semua.-malaysiakini

--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/21/2008 12:05:00 AM

Kirim email ke