Saya sebagai doktor perubatan swasta ingin memberi komen mengenai isu Datuk
Seri Anwar Ibrahim mendakwa ditelanjangkan di Hospital Kuala Lumpur.
Kami sebagai doktor ada etika, isteri Anwar juga seorang doktor dan beliau
tahu etika.Di dalam membuat pemeriksaan fizikal, kami tidak dibenarkan
membuat pemeriksaan jika tidak mendapat persetujuan pesakit.
Ketika pemeriksaan dibuat, kami ada pembantu perubatan yang akan menolong
kami dan kami tidak akan membuat sesuatu yang memalukuan pesakit. Jika kami
minta membuka satu bahagian, bahagian lain tidak dibuka. Apabila tempat lain
perlu dibuka, tempat yang sebelumnya akan ditutup.
Ini akan membuat pesakit selesa dan tidak pernah kami membogelkan seseorang
pesakit. Pesakit ada hak untuk membuat laporan polis diatas apa yang
berlaku.
Saya rasa tidak ada masaalah bagi Anwar membuat laporan polis kerana beliau
sudah biasa membuat laporan polis dan tindakan akan di ambil keatas pakar
yang memeriksa beliau
jika benar.
Jika tidak betul, saya harap Anwar berhenti bercerita bahawa beliau
ditelanjangkan kerana ini berkaitan profesional kami.
Jangan beranggapan semua orang salah dan hanya beliau saja yang betul dan
sentiasa dianiaya. Di harapkan rakyat bijak berfikir kerana rakyat Malaysia
sememangnya bijak.
Sumber:
Berita harian
Surat dari Doktor Swasta
Negeri Sembilan.