Amy Search akan muncul di Ipoh sempena Muktamar PAS 54 yang akan
diadakan di Stadium Indra Mulia pada pertengahan Ogos ini
nanti.Demikian dimaklumkan oleh Saudara Badrain selaku ketua
Jawatankuasa Pelaksana Muktamar tersebut.Sekretariat Jamaei akan
menguruskan program tersebut yang diberi nama Malam Expresi Kesenian
Islam“Kehadhiran Emy akan memberi tarikan kepada anak-anak muda untuk
bersama dalam majlis seumpama ini supaya mereka tidak kekok dengan
majlis-majlis anjuran PAS dimasa-masa yang akan datang.Kami mahu mereka
dapat mencari jalan pulang, Insya’Allah,” katanya.Ditanya , apakah
nanti tidak akan timbul kesan negatif sebagaimana yang baru-baru ini
sebagaimana konsert PROTEST yang baru lalu, beliau berkata, persembahan
Amy hanya menggunakan musik unplug ; lagi pun Amy sangat berpengalaman
dan kami akan pastikan persembahannya bersesuaian dengan majlis
tersebut.Saudara Badrain menjelaskan, selain kemunculan Amy, pihak
penganjur telah mendapat persetujuan lain-lain artis untuk hadir
membuat persembahan.“Antaranya ialah kumpulan nasyid terkenal Far-East
dan juga kumpulan Saff One.Selain itu ada juga persembahan deklamasi
sajak oleh sasterawan dan penulis terkenal Dinsman , Muhaimin & Zuar
XPDC dan HM Salleh.”Apabila ditanya kenapa tidak dijemput sama Akil
Hayi, seorang selebriti tempatan yang seketika dulu sering bersama
program anjuran PAS ; beliau berkata , program tersebut lebih bersifat
persembahan amal kerana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran ; Kami
sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi bersama menyumbangkan
amal bakti dengan kos yang sangat sederhana dan sesuai dengan bajet
kami.-ALHUSSEYN

--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/23/2008 08:52:00 AM

Kirim email ke