EXPO MAKANAN HALAL DAN KARNIVAL EKONOMI ISLAM DI TANJONG KARANG, SELANGOR EXPO MAKANAN HALAL DAN KARNIVAL EKONOMI ISLAM anjuran Global Ikhwan negeri Selangor bertemakan "Menjana Diri Merdeka" sempena bulan Kemerdekaan 2008 akan diadakan di Padang Astaka berhampiran Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang, Selangor dari 1 hingga 3 haribulan Ogos 2008. Selama 3 hari itu, program akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
Expo tersebut akan mempamerkan pelbagai jenis barang makanan buatan umat Islam yang halal dan produk-produk menjana ekonomi umat Islam selain makanan halal. Antara barang-barang yang akan dipamer dan dijual adalah produk terbaru dari Global Ikhwan iaitu Roti Ikhwan, Mee Basah, Air Alkali, Sos, Kicap dan produk-produk penerbitan seperti Komik Abu Nawas dan pelbagai produk kebudayaan dan nasyid dari kumpulan nasyid Global Ikhwan. Pelbagai acara akan diserikan dengan persembahan nasyid kontemporari dari kumpulan nasyid Global Ikhwan dan penasyid terkenal MEL. Kemasukan adalah percuma sepanjang expo termasuk persembahan kebudayaan Islam dan Nasyid. Jika anda ingin mengikut serta dalam expo tersebut, atau membuka gerai, atau maklumat tambahan tambahan sila hubungi: TANJONG KARANG: En Sazaly 019-2263198 En Bohari 013-6610664 En Hamdan 019-2469389 SHAH ALAM: En Abbdul Rahman Said 019-244 5655 En Idris Bidin 012-5625266 BANGI: En Hasnan 019-6695367 BANTING: En Mohsin Abdul Jalil 019-2155367 BUKIT BERUNTUNG: En Azhir Ismail 013-2979059 GOMBAK DAN ULU KELANG: En Sulaiman Din 016-7205313 SELAYANG: En Abdul Karim Ismail 019-3660613 Email Urusetia: [EMAIL PROTECTED] http://ikhwantoday.com/event/detail.php?recordID=10
