Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan kalau pihak berkuasa 
benar-benar terima Islam sebagai agama rasmi negara. Biarlah kalau kita masih 
jauh dari menerima seluruh sistem Islam termasuk hukum jenayah Islam tetapi 
jika pemerintah negara yang diterajui UMNO menghormati  makna Islam sebagai 
agama rasmi  itu pun banyak juga yang boleh dilakukan. Kita tahu pengaruh media 
elektronik terutama TV sangat jelas mendorong anak-anak kita terikut-ikut 
dengan budaya-budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam. Umpamanya kita tahu 
waktu solat Maghrib amat singkat maka apa salahnya semua program TV termasuk TV 
swasta direhatkan selama setengah jam sebaik saja azan Maghrib dilaungkan!! 
Selama setengah jam itu siarkan tulisan ungkapan nasihat-nasihat kepada umat 
Islam termasuk tanggungjawab mendidik anak-anak agar menjadi orang-orang yang 
beriman. Apa yang berlaku sekarang azan disiarkan kemudian program TV disambung 
semula maka anak-anak bahkan orang
 dewasa pun akan terus terpaku didepan peti TV maka solat Maghrib yang amat 
terbatas waktunya dilewatkan atau mungkin ditinggal terus!!!

     Tentang perlaksanaan hukum jenayah Islam pula saya rasa bagi mereka yang 
melakukan rompakan secara ganas yang cukup saksi maka hukum Islam perlu 
dilaksanakan tanpa mengira apa pegangan agama mereka. Mereka yang merompak ini 
tidak kenal mangsa samada Islam atau bukan Islam. Jika bukan Islam bencikan 
rompakan-rompakan ganas ini mereka wajar sokong perlaksanaan hukum Islam. 
Tentang rasuah pula, ahli-ahli sukan terutamanya pemain bolasepak yang makan 
rasuah dengan merancang permainan sesuai dengan kehendak pihak tertentu atau 
kaki judi patut juga dikenakan tindakan keras dan hukuman secara Islam. Kita 
tidak seharusnya membiarkan sukan dijadikan ruang untuk memberi dan menerima 
rasuah. Bahkan rasuah dalam apa bidang sekali pun hukuman Islam wajar 
dilaksanakan keatas mereka yang benar-benar didapati bersalah. Tapi jangan pula 
ada dakwaan dan hukuman dibuat secara terpilih dan mengadakan bukti bukti 
palsu!!! Yang palsukan bukti dalam apa kes sekali pun
 samada baru atau lama jika terbukti ianya benar jatuhkan hukuman berat 
mengikut Islam, mungkin digandakan hukuman kerana mereka adalah orang yang 
diamanah berlaku adil bukan jadi penjenayah terhormat!!  Mereka mungkin 
penerima rasuah (seperti dinaikkan pangkat) sedangkan mereka merupakan ketua 
untuk jaga hal-hal keamanan dan keadilan.

   Baru-baru ini pula seorang jurulatih sukan ? peringkat kebangsaan berbangsa 
India yang sudah berumur ?hampir 70 tahun dijatuhi hukuman penjara beberapa 
tahun kerana mencabul kehormatan dua orang pelatih perempuannya (hampir 10 
tahun lalu?). Saya rasa jika hukum Islam dilaksanakan beliau mungkin ? tidak 
perlu merengkok bertahun-tahun dalam penjara. Saya tidak pasti apakah hukuman 
kepada kesalahan mencabul kehormatan dalam Islam. Jika sebatan rotan dibolehkan 
lebih baik beliau dikenakan rotan saja (mengikut tatacara Islam) dan tempoh 
dikenakan penjara dipendekkan kepada sekadar ? 6 bulan jika masih perlu 
dipenjarakan. Kesalahan yang dilakukan oleh beliau saya rasa kerana suasana 
yang ada ketika itu mendorong dia berbuat demikian. Atas dasar inilah 
usaha-usaha sedang dilaksanakan di negeri Kelantan sesuai dengan tuntutan Islam 
bagi mengetatkan peraturan berpakaian keatas wanita dan menutup ruang 
berlakunya jenayah seksual. Tapi nampaknya ada pemimpin
 UMNO wanita pula tu tak setuju. Saya tak taulah orang macam ni pun boleh 
dilantik jadi ? timbalan menteri oleh Pak Lah. Dunia dah nak kiamat!! 
Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal


--- On Sun, 7/20/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tahniah FAM, hormat Azan di P.Pinang
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Sunday, July 20, 2008, 6:36 PM










    
            Pada 19 Julai 2008 telah diadakan siri perlawanan Piala Malaysia di 
Pulau Pinang antara Pulau Pinang dan Johor FC. Perlawanan ini disiarkan secara 
langsung di TV1. Menurut anak dan isteri saya ketika azan isya’ kedengaran dari 
masjid berhampiran, permainan telah dihentikan untuk menghormati laungan azan 
isya’. Tahniah kepada pengadil, pemain, penonton dan FAM. Saya rasa ini pertama 
kali kita lihat secara langsung semua pihak menghormati azan isya. Semoga 
Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan , Kelab Penyokong Bolasepak N.Sembilan 
dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini apabila bermain di Stadium Tuanku 
Abdul Rahman yang berjiran dengan Masjid Taman Paroi Jaya. Rujuk artikel 
sebelum ini http://waghih. blogspot. com/2008/ 07/penyokong- bolasepak- 
nsembilan- tidak.html 



   Rozmal http://waghih. blogspot. com   Yayasan Amal Malaysia 
http://www.amalmala ysia.net  Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com   
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com   Pusat Pendidikan As 
Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com 




      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke