KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Padang Serai, N
Gobalakrisnan mendakwa seorang Ahli Parlimen Umno di Johor telah
menulis surat kepada seorang jurutera sebuah agensi kerajaan agar
menyenaraihitamkan kontraktor yang menyokong pembangkang. <!--

Semasa mencelah ucapan Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) dalam
perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 16 Julai lalu,
Gobalakrishnan berkata, "Saya ada satu surat di mana ditulis oleh
seorang Melayu kepada jurutera daerah yang berbangsa Melayu, kononnya
surat ini menyatakan dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas
F, (Melayulah), di atas dirujuk.

"Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah
kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong
dan bersimpati kepada PartiPembangkang," kata Gobala memetik salinan
surat yang diperolehinya itu.

"Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang
Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat
seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F,
kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi,
apa surat ini?,"soalnya.

Sementara itu, Puad dalam menjawab isu itu berkata, beliau hanya
meyatakan soal keadilan kerana baginya ada sesetengah kontraktor yang
mendaftar 50 syarikat di bawah satu pemilik yang sebenarnya.

Namun, Gobala yang tidak berpuas hati dengan ulasan Puad itu berkata,
dalam surat itu tidak disebutkan soal pendaftaran 50 syarikat di bawah
satu nama, sebaliknya isu menyokong pembangkang yang menjadi alasan
senarai hitam. - mks._


--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/23/2008 12:15:00 PM

Kirim email ke