Aswt,
Kuota pencalunan untuk melayakkan seseorang ahli UMNO bertanding sebagai
Presiden UMNO satu-satunya cara untuk penyandang jawatan terus pertahankan
jawatan Presiden yang disandang dan mengekalkan jawatan PM. Sistem kuota
diperkenalkan Mahathir ketika kedudukan beliau begitu tercabar. Namun UMNO
masih kekalkan peraturan yang diperkenalkan oleh ? Mahathir. Jika politik wang
sudah tidak wujud tentu peraturan mengenakan kuota pencalunan untuk seseorang
bertanding jawatan Presiden dihapuskan. Inilah membuatkan Ku Li sukar untuk
masuk gelanggang untuk mencabar penyandang jawatan Presiden.
Soalnya apakah penyandang Presiden yang juga seorang PM pasti tidak
gunakan rasuah?? Rasuah tidak semestinya wang tapi kuasa juga boleh digunakan
sebagai satu bentuk ugutan dan manipulasi bagi dijadikan senjata/rasuah bagi
mengekalkan sokongan. Ahli-ahli bukan takut kepada Presiden tapi takut kepada
kuasa yang ada pada PM untuk menyokong calun lain. Ianya mungkin boleh
disamakan dengan perangai Bush yang berkata jika sesiapa menyebelahi pengganas
(yang ditujukan kepada orang Islam yang menentangnya) maka mereka adalah
musuhnya dan yang memusuhi pengganas adalah rakan baiknya. Yang menyokongnya
memerangi "pengganas" akan hidup mewah dan yang tidak menyokongnya akan
menerima padah.
Penggunaan sistem kuota ini sepatutnya digunakan juga dalam pilihanraya.
Selama ini parti-parti pembangkang sukar memenangi beberapa negeri jauh sekali
menafikan majoriti dua pertiga kerusi parlimen. Kemenangan dalam PRU 12 di mana
pembangkang dapat berkuasa di lima negeri (enam jika termasuk Wilayah
Persekutuan ) dan UMNO/BN gagal kuasai dua pertiga majoriti kerusi parlimen
seharusnya sudah melayakkan pembangkang memerintah negara. Apabila parti yang
memerintah dengan segala kelebihannya ketika pilihanraya gagal mendapat dua
pertiga wajar dikira sudah kalah. Kuota menang dua pertiga sepatutnya dijadikan
syarat sekirannya parti yang memerintah itu layak untuk terus memerintah
memandangkan pelbagai kelebihan (walau pun secara haram) dimiliki oleh mereka
ketika pilihanraya. Wallahua'lam
ibnuAli
kota jembal