--- On Tue, 7/15/08, Mazlina Abdul Rahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Mazlina Abdul Rahim <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Rayuan bantuan untuk Perpindahan Asrama RKH ke bangunan baru.
To: [EMAIL PROTECTED]
Date: Tuesday, July 15, 2008, 1:23 PM
Assalamualaikum.
Ustazah, sehingga saat ini bantuan belum tiba. Hari tu dah
berjanji dengan tuan rumah untuk masuk rumah tu, bulan Ogos ni dan nak ambil
kunci seminggu sebelum Ogos. Ana pun dah maklumkan kepada tuan rumah Jalan 13/5
untuk keluar rumah penghujung Julai ini. Kalau tak dapat cari juga RM3000 tu,
di mana pula nak letakkan anak-anak asrama tu. Usaha yang dibuat setakat ni,
solat hajat bersama anak2 asrama.. tapi belum berhasil... mungkin dosa ana
belum terampun... di bawah ni ana sertakan kata-kata untuk dimasukkan ke laman
web tu.. tak tahulah sesuai ke tidak..
Assalamualaikum buat para dermawan yang budiman, yang ingin turut
serta dalam hal kebajikan, yang ingin turut menanam saham akhirat untuk masa
depan anak-anak yang kurang bernasib baik ini.
Kami ingin menyewa sebuah rumah banglo bersebelahan dengan Tadika
sekarang untuk dijadikan asrama anak-anak tadika yang terdiri dari anak fakir
miskin serta anak golongan asnaf. Dengan diasramakan, maka akan bersambunglah
proses pendidikan yang berlaku di tadika pada sebelah paginya di mana segala
ilmu yang dipelajari akan dapat terus dipraktiskan, bagi memastikan akan
terbentuknya suatu generasi yang cintakan Tuhan.
Namun begitu, sehingga setakat ini, belum lagi terkumpul dana
untuk dijadikan deposit rumah tersebut yang sebanyak RM3000. Sedangkan
janjinya, rumah itu akan dimasuki pada awal Ogos ini. Kami amat berbesar hati,
jika ada pihak-pihak yang sudi membantu.
Sumbangan boleh dibuat secara oline ke akaun
RUMAH KASIH HARMONI
No Akaun Maybank: 5121- 8313- 4032
Moga segala amalan baik itu, Allah nilai sebagai amal jariah dan
dibalasiNya dengan syurga yang kekal abadi di Akhirat nanti. Sekian, terima
kasih.
LINK: http://www.rumahamal.org/rayuan.htm
__________________________________________________
D O T E A S Y - "Join the web hosting revolution!"
http://www.doteasy.com