Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu,
aku ada tulis yang ni.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan
pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia
kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis
kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa
doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut
enggan 
melakukannya.<http://matsamankati.blogspot.com/2008/07/konspirasi-ag-dan-igp.html>

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan
tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi
dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar
meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis
terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan
menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA
nya.<http://matsamankati.blogspot.com/2008/07/konspirasi-ag-dan-igp.html>

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari
Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah
bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini
mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi
menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur
yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa'
oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia
diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor
(boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA
pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak
mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain
perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan
diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas
Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan
kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan
doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful
masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.

disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah
diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah
ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng
dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai
polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan
harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk
memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun
mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah
hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar
dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat
palsu.Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua
pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar
atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar?
Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang
sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya
berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari
tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan
laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai
salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu
apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa
yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa
pun.

(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja
Petra..Doctor
on the run: police want him to fabricate evidence against
Anwar<http://w2.malaysia-today.net/content/view/10433/84/>)

<http://bp0.blogger.com/_YZsQOCSrbeM/SIy5SldkjVI/AAAAAAAAAKk/j7IGi8sxGFI/s400/pusrawi1.jpg>
<http://bp0.blogger.com/_YZsQOCSrbeM/SIy5KNAW8nI/AAAAAAAAAKc/WtvtKGwnqlw/s400/pusrawi2.jpg>
-- *
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisik-rakyat.blogspot.com/*

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke