Kenyataan Media : Pemudawilayah tolak Draf KL2020 dan Campurtangan Gabem diragui
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang serius campurtangan dan 
penglibatan langsung Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang juga sayap 
ekonomi Umno yang dipengerusikan oleh Rahim Tamby Chik dalam Projek Pembangunan 
Semula Kg. Bharu.


 
Tindakan Pengarah Eksekutif Gabem Consulting Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Dahan 
Abdul Latif mengumumkan cadangan Kerajaan berhubung isu pembangunan Kg. Bharu 
dalam ucapannya di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 (KHB08) 
jelas menunjukan bahawa organisasi ini mempunyai pertalian rapat dengan projek 
itu nanti.
 
Beliau menjelaskan bahawa Pemilik tanah di Kg. Bharu dijangka diberi tawaran 
pampasan sebanyak 20 peratus dalam bentuk wang tunai manakala 80 peratus lagi 
dalam bentuk saham di dalam projek berkenaan.
 
Pemudawilayah meihat bahawa ada ‘hidden agenda’ sedang berlegar di dalam hal 
ini kerana Projek Pembangunan Kg. Bharu kini masih lagi tertakluk dalam Draf 
Pelan Kuala Lumpur 2020 dan belum lagi dipersetujui oleh rakyat, khususnya 
penduduk di Kg. Bharu.
 
Isu utama kini adalah tentang status tanah Kg. Bharu yang bakal 
dibangunkan kerana ianya masih tertakluk di bawah undang-undang tanah rizab 
Malayu dan Kg. Bharu terikat di bawah Enakmen Tanah Negeri Selangor bukannya 
milik persekutuan.
 
Gabem berusaha memujuk penduduk untuk menyerahkan tanah mereka dengan 
menawarkan saham sehingga 80 peratus di mana nilai ini masih lagi menjadi tanda 
tanya kerana tiada penjelasan terperinci diberikan tentang bentuk pulangan yang 
akan diterima dan bagaimana status pemilikkan tanah itu kelak.
 
Pemudawilayah khuatir jika tanah-tanah Kg. Bharu akan tergadai dengan 
sendirinya bila mana projek yang dicadangkan Gabem menjadi gajah putih atau 
sekadar satu putaran taktikal yang digunakan bagi memastikan tanah-tanah 
berkenaan jatuh pada pihak tertentu.
 
Jika satu lot bernilai satu juta, penduduk hanya terima 200 ribu ringgit sahaja 
dan baki 800 ribu ringgit dimasukkan dalam saham yang mana nilai pulangannya 
tidak ditetapkan dan juga pemilik bakal dibebankan dengan akaun untung atau 
rugi yang pastinya akan terbeban dibahu mereka.
 
Gabem adalah sebuah syarikat swasta yang boleh untung dan rugi bila-bila masa 
dan ianya boleh dibubar atau diistiharkan bankrap jika gagal memulangkan 
kembali hutang kepada bank.
 
Kenapa wujud hutang? ya! perkara ini mungkin tidak disedari kerana pihak Gabem 
akan mengunakan mandat sebagai pengurus projek untuk mendapatkan suntikan dana 
yang mana pinjaman bank dilakukan bagi pelaburan disetiap inci tanah. 
Persoalannya, hutang yang dibuat oleh Gabem akan turut ditangung oleh pemilik 
tanah tanpa disedari dan sekiranya rugi maka tanah-tanah Kg. Bharu akan 
dirampas.
 
Selepas sahaja Draf Pelan Kuala Lumpur digazetkan, tanah-tanah Kg. Bharu akan 
ditukarkan statusnya kepada tanah komersial dan status tanah rizab mungkin 
hilang. Ini akan memudahkan cagaran tanah dilakukan pada bank yang akhirnya 
membuka peluang yang luas untuk tanah kg baru dimiliki oleh orang-orang 
berkepentingan melalui Gabem.
Justeru itu, Pemudawilayah menolak campurtangan Gabem dalam pembangunan semula 
Kg. Bharu dan Draf Pelan yang dicadangkan oleh DBKL haruslah ditolak.
 
Sebarang pembangunan dalam Kg. Bharu hendaklah dilaksanakan sendiri melalui MAS 
iaitu badan yang menguruskan Kg. Bharu secara sah. Organisasi ini perlulah 
diberikan sokongan kewangan dan DBKL sewajar menghormati kedudukan MAS dalam 
segala aspek yang melibatkan Kg. Bharu.
 
Pengerusi MAS juga hendaklah dikembalikan kepada Menteri Besar Selangor 
bukannya dipegang oleh Datuk Bandar DBKL yang kini menjadi boneka kepada 
pihak-pihak berkepentingan didalam Gabem-Umno.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


      

Kirim email ke