Abdullah meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari 
Pahlawan, di Kuala Lumpur, semalam. (Berita Harian, Jumaat, 1 Ogos 2008)
 
 
Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Tentang Upacara Tugu Negara Sempena 
Hari Pahlawan
 
“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang 
meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk 
Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti 
kepada sebarang unsur keberhalaan.

Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. 
Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua 
memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia 
haram tetap kerana meniru perbuatan musyrikin.
Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian 
ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang 
jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah 
bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada 
Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui 
akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah 
patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: 
“Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: 
“Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. 
(Surah al-Anbiya 50-54)”
 
 


      

Kirim email ke