----- Forwarded Message ----
From: ::ZahratunnuR:: <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, July 31, 2008 10:55:16 PM
Subject: Jemputan ke Majlis Minum Petang








Assalamualaikum..


Buat julung kalinya SERI Al Huda, FEDEC (Family Excellence Development Center) 
dan Ana Edar Sdn Bhd bekerjasama dalam menganjurkan Majlis Minum Petang Amal 
bagi mengutip dana untuk Tabung Pembangunan Seri Al Huda yang dilancarkan bagi 
pembinaan Kompleks Pendidikan Islam Seri Al Huda di Gombak, serta untuk Tabung 
FEDEC yang bakal digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan 
yang telah dirancang.



Sehubungan itu, semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke 


MAJLIS MINUM PETANG

bersama 

Prof. Dr. Mohd Yusuf Othman 
Pensyarah UKM



Yang akan menyampaikan pengisian bertajuk 

"Menjadi Ibubapa Genius"


Pada 9 Ogos 2008 (Sabtu)

Bermula pada 3 petang hingga 5 petang

Di


Dewan Ana Edar Sdn Bhd 
No.9, Jalan 6 Taman Batu, 
off Greenwood Park, 
68100 Batu Caves

Bayaran adalah RM 25 untuk seorang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Suhaini di talian 012 254 0606





Biodata Prof Dr. Mohd Yusuf Othman 


Prof. Dr. Mohd. Yusof Haji Othman adalah Profesor dalam bidang Fizik di Fakulti 
Sains dan Teknologi (FST), merangkap Pengarah Institut Islam Hadhari di 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 


Selain terlibat dalam bidang sains dan tugas di Institut Islam Hadhari, Prof. 
Dr. Mohd. Yusof juga adalah Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia 
(IKIM) semenjak tahun 2005 di samping menjadi Ketua Editor untuk Journal 
HADHARI. Beliau banyak terlibat dalam Program Islam Hadhari dan Program 
Integriti Negara melalui Institut Integriti Malaysia yang dianjurkan oleh 
kerajaan Malaysia. Beliau juga sering diminta untuk memberikan pandangannya 
dalam program televisyen dan akhbar tempatan. 


Atas sumbangan dan kecemerlangan beliau, Prof. Dr. Mohd. Yusof telah 
dihadiahkan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H 
(2006M), Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1429H (2008M), anugerah WREN PIONEER 
oleh World Renewable Energy Council/Network dan Anugerah Saintis Cemerlang oleh 
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004 dan 2005). Pada tahun 1993, beliau 
telah dianugerahkan Darjah Kesatria Mangku Negara oleh Sri Paduka Baginda Yang 
Dipertuan Agung.


untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.ukm.my/malay/News/berita_yusof.html



Pengesahan kehadiran dan pembayaran

Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan meng'faks'kan atau menghantar Borang 
Kehadiran di bawah ke:

Sekretariat Minum Petang, 
Seri Al Huda, Lot 1769-4,
KM11 Jalan Gombak,
53100 KL

faks: 03- 6188 7504
tel : 03-6188 7504


Pembayaran boleh dibuat melalui wang tunai/ cek/ wang pos berpalang, atas nama 
TABUNG PEMBANGUNAN SERI AL HUDA, dan boleh dihantar bersama Borang Kehadiran.


Pembayaran melalui bank boleh dimasukkan melalui nama TABUNG PEMBANGUNAN SERI 
AL HUDA ke akaun bernombor 14162-01-001173-8 BIMB UIAM Gombak. Sila hantarkan 
slip bank ke sekretariat bersama Borang Kehadiran.


Borang Kehadiran




sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


http://seri-alhuda.blogspot.com/





Sila war-warkan kepada semua... syukran.


--
Posted By ::ZahratunnuR:: to ::ZahratunnuR:: at 7/31/2008 04:57:00 PM


      

Kirim email ke