<http://bp3.blogger.com/_qkc0N9psKq0/SJJ53nLhDPI/AAAAAAAAAek/qpEbxnZP2Vc/s1600-h/pulaupinang_map.jpg>Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh<http://alkerohi.blogspot.com/2008/03/wan-azizah-dan-pulau-pinang-perhatian.html>pada 31 Julai 2008 iaitu kurang satu minggu mencapai usia lima bulan selepas pilihanraya umum kedua belas yang lalu.
Parlimen Permatang Pauh (P044) di Pulau Pinang merangkumi tiga DUN iaitu DUN Seberang Jaya (N10), Permatang Pasir (N11) dan Penanti (N12). Koh Tsu Koon mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Gerakan sejak awal lagi telah mengangkat bendera mengaku kalah. Baginya "Permatang Pauh kubu kuat Anwar. Sukar untuk BN menang". Namun bagi Azhar Ibrahim Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri lain pula halnya. "Kita mempunyai peluang yang cerah. Rakyat <http://bp1.blogger.com/_qkc0N9psKq0/SJJ7XUwYbwI/AAAAAAAAAes/NlxomWiGojc/s1600-h/data+anwar.gif>nampak apa yang PKR lakukan" kata Azhar. Pada pilihanraya yang lepas Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat, memenangi kerusi tersebut dengan 30,338 undi. Manakala pesaingnya Pirdaus Ismail yang digelar 'pakar menendang tong undi' meraih 16,950 undi. Azizah yang juga isteri kepada Anwar mendapat majoriti 13, 388 undi. -artikel penuh di *[ sini ]*<http://www.perisik-rakyat.com/2008/08/permatang-pauh-lebih-baik-jangan-letak.html> -- Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
