<http://bp1.blogger.com/_G4UF_wN334k/SJRTeMpnr7I/AAAAAAAACjQ/wC0Zw60KA7w/s1600-h/TGNA> *RANTAU PANJANG: *Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, tiada sesiapa berhak mempertikaikan tindakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana ia merupakan hak mutlaknya untuk berbuat demikian.
"Hak dia (Dr. Wan Azizah) untuk lepaskan jawatan (untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim)... kalau saya nak lepaskan jawatan pun hak saya juga dan saya sendiri tidak ada sebab untuk tidak menyokong Anwar nak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Tahfiz al-Riyadh di sini. Menteri Besar Kelantan itu juga yakin isu negatif yang dikaitkan dengan Anwar tidak akan menjejaskan kredibilitinya dan tidak mustahil untuk beliau meraih majoriti undi yang besar pada pilihan raya kecil itu kelak. "Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan," katanya. -- Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
