MERASA <http://wahabamri.blogspot.com> diri hina dan tidak berguna di sisi
manusia dan makhluk di tegah olih Allah.Ia merupakan sifat terkeji yang
patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud "Janganlah kamu takut pada seseorang
makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44). " Janganlah kamu rasa
terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali
Imran: 139)

Rasa  hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah
terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di
sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada
sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita
sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita
menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama
saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia
daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih
tinggilah darjatnya di sisi Allah.FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia
kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al
Hujarat: 13)

Maka kalau begitu tidak boleh kita mengukur kemuliaan seseorang kerana
ilmunya, jawatan, kekayaan, keturunan dan lain lain lagi.Lagilah tidak boleh
kita merasa diri hina, lemah dan kurang di hadapan seseorang yang lebih
tinggi jawatannya atau hartanya atau kekayaannya atau ilmunya dari kita.

Olih Cikgu Ku


-- 
*Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com*

Kirim email ke