Anwar dihadap ke mahkamah
esok<http://www.perisik-rakyat.com/2008/08/anwar-dihadap-ke-mahkamah-esok.html>
<http://media1.malaysiakini.com/134/86a7750b65c988ba77c2ecf2e34ce83e.gif>Polis
hari menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau
hadir di mahkamah esok, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan meliwat.

Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa
minit selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya
kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai
penyiasat kes dakwaan meliwat, ASP Jude Pereira.

Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan
hampir 10 minit kemudian.

Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR
di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini.
*[Berita penuh menyusul]* Mengundi di Permatang Pauh 26
Ogos<http://www.perisik-rakyat.com/2008/08/mengundi-di-permatang-pauh-26-ogos.html>
Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi
itu
pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan
apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari
penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak
memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan
2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

*[Berita penuh menyusul]*
-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke