Assalamualaikum, Semuga dalam rahmat Allah dan keberkatanNYA. Sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir tiba ini, saya memberi peluang untuk kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada individu-individu yang memerlukan.
Sedikit Penerangan : Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) adalah sebuah rumah yang menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik. Ia di tubuhkan pada awal tahun 2005. Bertempat di No. 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Terdapat lebih kurang tiga puluh orang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, warga tua, ibu tunggal dan yang terbiar menghuni disini. Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh ALLAH dikalangan kita sesama manusia, anak-anak ini di asuh agar mereka kenal, yakin dengan Tuhan dan menerima ketentuanTuhan mengikut kehendaknya. Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru itu dirumah ini anak-anak ini cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Tuhan. RINGKASAN SYARIKAT NAMA SYARIKAT : KHIDMAT BAITUL MAHABBAH (RUMAH KASIH SAYANG) NO. PENDAFTARAN : SA 0064640 4 ALAMAT SYARIKAT : NO. 29, JALAN 8/8, BANDAR TASIK PUTERI, 48020 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN. NO. TELEFON : 03-60342593 NO. FAKSIMILI : 03-60342593 Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami: Ustazah Habidah 017-3085667 Ustaz Zailan 016-3313539 Pn. Sakinatul Laila 019-2863214 / 017-3448897 Pejabat 03-67342593 Alamat surat menyurat: Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), No. 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Akaun Bank : MBB 562012003196 KHIDMAT BAITUL MAHABBAH Sumbangan berupa barangan / makanan bolehlah dihantar terus ke tempat kami atau hubungi terus wakil kami seperti yang dinyatakan di atas. Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih agar ianya dinilai di sisi Tuhan. Silalah layari laman web http://rumahkasihsayang.blogspot.com untuk mendapatkan makluman lanjut. Muga dapat kita membantu menggembirakan anak-anak ini dan doa tulus mereka yang suci bersih ini memang sentiasa mendapat tempat di sisi Allah untuk dimakbulkan.
