Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
KANAK-KANAK dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan
insan sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka menjadi
insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.
Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka
dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di
samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya
supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa,
jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang
terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.
Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing,
anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga
makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian
daripada kedua ibu bapa mereka.
Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan
mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya
wang ringgit semata-mata.
Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini
sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak
berdosa.
Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di
media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.
Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan
yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak
berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan
gejala ini.
Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun
fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas
dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan
parut-parut luka.
Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika
panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya
membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.
Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri
mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia
akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu
proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual
seperti rogol, cabul, mahupun liwat.
Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini
mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka
melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya
akan dikembalikan kepada penjaga asal.
Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak
mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan
atau rumah perlindungan.
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi
membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.
Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi
mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan
insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak
terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok
Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat
Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala
Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk
dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
MELALUI MAYBANK
Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan
Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam
akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email [EMAIL PROTECTED]
MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : [EMAIL PROTECTED]