Islam Bukan Sekadar Di Peluk
Oleh Sang Kalembai
Kenapa agak nya dengan tiba-tiba setengah orang Melayu/Islam marah-marah dengan
Majlis Peguam kerana menganjurkan satu Forum yang bertajuk Memeluk Islam.
Khabarnya yang dijemput hadir termasuk juga orang Islam boleh dikira sebagai
sarjana dalam bidang agama dan undang-undang memberikan pandangan mereka.
Bukan kah itu satu perkara yang baik, supaya mereka-mereka yang tidak
mengetahui falsafah Islam dan perundangan akan dapat bertanya dan bertukar
fikiran.
Di mana silapnya? Mungkin kerana “mind set” yang dibina oleh orang yang
membantah forum itu, bahawa forum itu akan menyentuh soal-soal yang tertulis
dalam perlembagaan, tetapi pihak penganjur sudah menjanjikan perkara itu tidak
dibincangkan.
Persoalan yang dibahaskan oleh pihak peguam khasnya mereka yang terlibat dalam
isu-isu perundangan soal tidak serumahnya memeluk Islam di kalangan individu
bukan Islam, yang mungkin terdiri dari seorang anak, seorang suami atau seorang
isteri.
Apa yang kita perhatikan selama ini, bahawa terdapat individu bukan Islam yang
memeluk agama Islam dengan tidak terlebih dahulu memaklumkan kepada
keluarganya. Maka bila berlaku kematian dia menimbulkan masalah kepada keluarga
si mati.
Bagaimana isu mati di dalam Islam di kalangan individu bukan Islam bukanlah
satu isu besar tetapi yang lebih besar ialah soal kebajikan keluarga yang
ditinggalkan oleh individu yang memeluk agama Islam dan ini agak isu yang
mungkin hendak dibincangkan dan bertukar fikiran supaya satu titik pertemuan
penyelesaian dapat diperbuat dari segi budaya, sosial dan undang-undang nya.
Katakan seorang individu yang memeluk Islam kerana perkahwinan lain dengan
orang Islam, di mana dia meninggalkan isterinya dan anak-anak yang masih
beragama asal.
Jika dalam keluarga Islam mungkin tidak menjadi masalah kerana undang-undang
mencukupi untuk pembelaan kepada isteri yang di aniayai tetapi bagaimana dengan
bekas isteri yang tidak beragama Islam?
siapa yang hendak membelanya dan perlulah satu undang-undang dibuat bahawa
setiap pendaftaran perkahwinan bukan Islam, walau pun berlaku kepada kedua
pihak yang bertukar agama kepada Islam, undang-undang membenarkan perkara itu
boleh didengar di Mahkamah Sivil atau Syariah. Itu sebagai satu contoh agaknya
isu tertunggak yang belum selesai.
Bagaimana pun orang-orang Islam kena menerima hakikat bahawa Islam sebuah agama
wahyu dan Al Qan sudah melengkapkan segala dan jika tidak ada pertunjuk dari
al-Quran, boleh dirujuk kepada hadis dan jika tidak ada juga di dalam hadis
rujuklah kepada sunnah nabi dan akhirnya kesemuanya keputusan diperbuat
berdasarkan kepada sandaran hujah-hujah yang lain seperti fatwa.
Maka kesimpulan yang perlu juga orang Islam mengambil perhatian ialah kebajikan
kepada mereka-mereka yang memeluk agama Islam dengan keluarga yang ditinggalkan
dalam agama yang asal.
Sudah pasti kita juga tidak akan menerima jika kita tidak beragama Islam dengan
hati terbuka jika segala harta sepencarian kita hilang begitu sahaja sekiranya
suami atau bapak kita memeluk agama Islam kerana kita memahami bahawa segala
harta Islam yang tidak dituntut akan terserah ke Baitul Mal atau dengan senang
hati dia mewakafkan harta itu.
Maka ini perkara-perkara yang perlu kita selesaikan untuk menjadi Islam bukan
satu ugama penindas dan tidak berlaku adil kepada yang bukan Islam.
Bagaimana pun orang-orang Islam berhak untuk menentang sebarang forum atau
percakapan yang boleh menggugat ugama Islam ke peringkat melekehkannya seperti
yang cuba hendak dihalalkan oleh beberapa orang yang berselindung di Majlis
Peguam.
Tidak sewajarnya isu beberapa individu Islam yang bertukar ugama lain
diperalatkan menjadi modal satu perjuangan yang menunjukkan bahawa Islam itu
tidak adil. Islam memang membenarkan setiap individu yang bernama manusia
memilih agamanya sendiri tetapi dia tidak berlaku waktu ini kerana kebenaran
itu hanya berlaku di zaman permulaan Islam sahaja.
Itu sebabnya Islam mengeluarkan istilah “murtad” dandari segi hukum Islam
seorang murtad boleh dikenakan hukum bunuh kerana dengan keadaan murtad itu dia
boleh mendorong perpecahan dan juga bencana kepada masyarakat dan yang
terpenting dia sudah pasti menjadi musuh Islam kerana setiap agamanya baru di
anuti, digambarkan oleh sebagai agama yang lebih baik dari Islam seperti yang
dilakukan oleh beberapa orang sudah murtad.
Kesimpulan nya yang terjadi dalam forum anjuran Majlis Peguam itu bukan niatnya
tetapi istilahnya yang menggunakan perkataan memeluk Islam jika dia menggunakan
perkataan seperti Forum Keadilan Mereka Sebelum dan Selepas Memeluk Islam
mungkin tidak memberangsangkan kemarahan orang-orang Islam dan tidak
menghadirkan orang-orang yang dikira hadir dalam forum tersebut bagi tujuan
memburukkan Islam.
Majlis Peguam sewajarnya pergi membuat kajian di Sabah dan Serawak kerana di
sana terdapat beberapa kes perbandingan isu soal memeluk Islam (meminjam
istilah Majlis Peguam). Dalam tahun 70an beribu-ribu orang di masukan Islam
yang terdiri dari mereka yang tidak beragama dan juga sudah beragama Kristian.
Tetapi tidak terdapat kes atau berita ada perebutan mayat mereka yang sudah
memeluk ugama Islam, walau pun terdapat dalam keluarga mereka bermacam-macam
anutan agama, dan khasnya di Sabah adalah satu perkara biasa jika ada mereka
mengaku mempunyai hubungan keluarga seperti sepupu yang berlainan agama.
Kenapa di Sabah, masyarakat boleh menjadi tenteram dan aman sejahtera dalam
soal beragama, setiap mereka walau tidak berpendidikan tinggi dan tinggal di
luar bandar masih lagi mempunyai budaya dan beradab?
Tidak ada seorang rakyat Sabah yang beragama Islam kerana cinta dan sayangnya
dengan lelaki atau perempuan tidak beragama Islam keluar dari Islam. Bagaimana
harta-harta peninggalan si mati yang beragama Islam tidak menjadi isu
bertelingkah keluarga. Mungkin kerana mereka ada Mahkamah Anak Negeri.
Sang Kelembai: Teringat kata-kata Allahyarham Tun Datu MustaphaDatu Harun bila
dimajukan soalan apakah tindakannya kepada mereka yang telah memeluk ugama
Islam masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak Islam, seperti berjudi,
minum arak dan ada antaranya makan babi,
Jawapan beliau ialah “Kita tidak berapa peduli dengan apa yang dilakukan,
kerana dah beri pelajaran agama melalui USIA (United Sabah Islamic Association)
yang penting bahawa anaknya yang bakal lahir, adalah anak Islam dan yang kita
hendakkan ialah meramaikan generasi Islam di Sabah. Dan inilah ditakuti banyak
orang bukan Islam di mana-mana.
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/