Ketawa bantu kurangkan berat badan
WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi
turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga
2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.
Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan
lebih 0.8 kilometer.
Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu
jantung berdegup lebih laju.
Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee,
berkata: "Peserta dalam kajian kami mengeluarkan 10 hingga 20 peratus lebih
tinggi tenaga ketika sesi ketawa berbanding waktu rehat."
Katanya, ketawa kecil 15 minit sehari dapat mengurangkan berat badan lebih dua
kilo setahun.
Walaupun ketawa diketahui baik untuk jantung dan sistem imunisasi, ini adalah
kajian pertama menyatakan faedahnya dalam usaha mengurangkan berat badan.
Penyelidik mengukur bilangan kalori yang dihapuskan oleh 45 peserta berusia
antara 18 dan 34 tahun ketika mereka menonton program televisyen berbeza,
termasuk program biasa dan komedi.
Hasilnya, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan
peningkatan ketara penggunaan tenaga apabila rancangan komedi ditayangkan. –
Agensi
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1169171843828
Biar susah, jangan menyusahkan..
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Eksekutif Pemasaran Bank Islam
019 - 363 5331