---------- Forwarded message ---------- From: zayd zhari <[EMAIL PROTECTED]> Date: 2008/8/8 Subject: Bengkel Pengislaman Ilmu 2008
Bengkel Pengislaman Ilmu 2008<http://www.kesturi.net/2008/08/02/bengkel-pengislaman-ilmu-2008/> *02 Aug 2008 *| Dimuatkan ASASI <http://www.kesturi.net/author/asasi/> | Program <http://www.kesturi.net/category/program/> | *4 Ulasan<http://www.kesturi.net/2008/08/02/bengkel-pengislaman-ilmu-2008/#comments> * Pengislaman ilmu bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 1970-an lagi menerusi pelbagai kaedah. Walau bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad, usaha ini kelihatan masih belum cukup diterima di kalangan masyarakat, meskipun wacananya sudah masuk ke peringkat yang tinggi dan matang. Sehubungan dengan itu, satu bengkel pengislaman ilmu yang dikhususkan untuk generasi muda wajar diadakan bagi mengisi kekosongan ini. Dengan tema *Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif (Islam dan Melayu)*, diharapkan bengkel yang diterjemahkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) ini dapat difahami oleh generasi baru. Malah, dengan adanya bengkel ini, kesinambungan perjuangan ASASI bakal ditampung dengan kukuh. Di samping dua alasan itu, bengkel ini juga dijangka dapat mengatasi kekurangan ahli yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan yang telah dibentuk sebelum ini. Sekurang-kurangnya, dengan kesedaran yang dipupuk dari bengkel ini, ada di kalangan pesertanya yang dapat terlibat langsung dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan itu. Walaupun pengisian bengkel ini kelihatan sangat asas, namun ia sesuai dengan sasaran peserta bengkel yang terdiri daripada mahasiswa, tutor, dan pensyarah-pensyarah muda, Mudah-mudahan menerusi sumbangan tenaga belia ini, ASASI mampu meningkatkan daya penyelidikannya. Sememangnya kekuatan ASASI adalah pada kebelakaan idealoginya. Lantaran itu, idealogi ini perlu ada pewarisnya. *Tujuan:* 1. Membina kesedaran terhadap generasi baru tentang Pengislaman Ilmu 2. Membina generasi pelapis untuk perjuangan Pengislaman Ilmu dan kritis terhadap sains barat 3. Membentuk barisan ahli dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan ASASI yang telah sedia dibentuk *Sasaran Peserta (25 orang):* 1. Mahasiswa 2. Tutor 3. Pensyarah Muda *Tarikh* 16 Ogos 2008** *Tempat: *Sudut Wacana ATMA, UKM, Bandar Baru Bangi *Perasmian:* Prof Dr. Osman Bakar, Mantan Presiden ASASI (maseh dalam cadangan) *Penutup: *Prof Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud, Presiden ASASI** *Aturcata:* ** *16 Ogos 2008 (Sabtu)* 08:00—08:45 Pendaftaran 08:45—09:00 Perasmian 09:00—10:30 Dr. Mat Rofa Ismail (UPM) *Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif Berpaksikan Islam dan Melayu* 10:30—11:00 Jamuan ringan 11:00—12:30 Dr. Shaharir Mohd Zain (ASASI) *Kaedah-Kaedah Asas yang Terpinggir dalam Pembangunan Sains* 12:30—02:00 Makan Tengahari dan Solat 02:00—03:15 Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM) *Sistem Angka Melayu dan Persoalan-Persoalannya* 03:15—04:30 Baharrudin Zainal (UDM) *Prinsip-Prinsip Astronomi dalam Tamadun Islam dan Melayu* 04:30—05:00 Taklimat Kumpulan Penyelidikan ASASI dan Penutup 05:00— Jamuan dan Bersurai Jika berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar menerusi borang yang disediakan *di sini<http://www.kesturi.net/pendaftaran-bengkel-pengislaman-ilmu-2008/> *. Pihak ASASI akan mengesahkan penyertaan anda melalui balasan mel-e nanti. Penyertaan adalah *PERCUMA.* Sementara, tarikh tutup penyertaan adalah sebelum *10 Ogos 2008*. ------------------------------ New Email names for you! <http://sg.rd.yahoo.com/aa/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/> Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does! -- ~~ www.myjodoh.net ~~ Segalanya bermula di sini
