Asalamualaikum wbt & Selamat Pagi,
Program Mangkuktingkat.com adalah sebuah program penghantaran makanan sajian
tengahari dan malam kepada pelanggan yang membuat tempahan secara bulanan..
Dimulakan pada pertengahan bulan Jun 2008 bertujuan membantu ibu-ibu tunggal
serta suri rumah bagi menambah pendapatan isi rumah. Makanan yang dimasak itu
kemudiannya akan diambil untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan oleh
sepasukan penghantar cepat.
Pada masa ini mangkuktingkat.com menyediakan perkhidmatan di Lembah Kelang,
Putrajaya, KLIA, Shah Alam, Klang, Pulau
Pinang dan akan berada
dilebih banyak lokasi tidak lama lagi.
Kini Mangkuktingkat.com membuka peluang kepada anda yang mempunyai produk atau
perkhidmatan untuk mempromosikannya melalui program ini. Caranya ialah :
1. Jika produk anda dari jenis makanan (contoh :kuih, kek, acar) - Sila hantar
sample produk kepada kami dan kepilkan kataloq / kad / borang tempahan.
2. Jika produk anda bukan dari jenis
makanan atau perkhidmatan - Sila sertakan buah (apple , pisang , rambutan,
manggis,
limau). Sertakan bersama kataloq / kad / borang tempahan.
Sample produk / katalog / borang tempahan tersebut hendaklah melebihi kuantiti
lebih dari 200 pelanggan.
Sample produk / kataloq / borang tempahan tersebut akan kami kirimkan melalui
sistem penghantaran mangkuk tingkat kami. Tingkat ke 4 didalam mangkuk tingkat
adalah dikhususkan untuk promosi produk serta program-program khas.
Buat masa ini perkhidmatan dan peluang yang kami sediakan ini adalah masih
PERCUMA . Peluang ini adalah memberi peluang kepada pengusaha / peniaga /
pengeluar produk serta perkhidmatan bagi
menjayakan perniagaan mereka.
Semua produk / katalog / kad / borang tempahan / buah-buahan hendaklah
dihantar terus ke alamat berikut :
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3, Jalan Mesra Niaga
Taman Mesra,
43000 Kajang,
SELANGOR
No. Telefon : 03-8733 2411
No. Fax : 03-8733 2967
Sebarang pertanyaan sila email kepada [EMAIL PROTECTED]