Wslm wbt, Saya pun setuju tak perlulah Pak Lah nak tunggu sampai 2010 tapi kurang setuju Hamid Albar nak guna ? ISA akta rimba itu keatas pemimpin Majlis Peguam yang menganjur forum tersebut. Cuma katakanlah Pak Lah tak ingin dah nak pegang jawatan no 1 bulan Disember ini adakah calun yang layak nak ganti dia? Orang no 2 pun tak begitu clean untuk bergelar Mr Clean!!?? Pak Lah sedar penyokongnya semakin kecil jumlahnya sebab itulah dia cuba mencari sokongan daripada luar maka hebohlah semacam ada pakatan baru iaitu Pakatan PAS-UMNO. Bagaimana pun PAS tidak berminat.
Maka sekiranya pakatan UMNO-PAS tidak mungkin menjadi kenyataan (buat masa ini) apa salahnya Presiden UMNO dan pengikut-pengikut setianya berhijrah kepada Pakatan Rakyat. Pemimpin UMNO keluar parti dah banyak berlaku sejak UMNO ditubuhkan bermula dengan Dato' Onn dan yang paling akhir ialah Tun Mahathir. Sertailah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat atau tubuh saja parti baru untuk bersama Pakatan Rakyat. UMNO/Perikatan /BN dah perintah 50 tahun tak cukup lagikah?? Ada negara yang tukar kerajaan setiap 10 atau 15 tahun, mereka tak tunggu sampai 50 tahun !! Tapi kalau kerajaan yang menegakkan Islam perintahlah sampai hari kiamat pun. Mungkin akan memudahlah nak tangani pelbagai isu yang Majlis Peguam bangkitkan. Allahuakbar !! ibnuAli kota jembal --- On Mon, 8/11/08, abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]> wrote: From: abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Forum terbuka Memeluk Islam To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Monday, August 11, 2008, 3:26 AM Assallamualaikum Majlis Peguam terus kurang ajar kerana melanggar bantahan dari perbagai pihak untuk menganjurkan forum tersebut. Walaupun diberi jaminan bahawa tidak akan menyentuh isu yang sensitif tapi dikhuatiri ianya akan menyimpang dari kawalan seterusnya akan memburukkan suasana . Tambahan isu berkaitan ugama Islam semestinya hanya pakar dan ulamak saja yang seharus menyentuhinya kerana silap bahasa mungkin padah akan menimpa. Najib telah bersuara, Syed Albar juga telah menimbangkan ISA pada yang berdegil tapi Pak Lah masih lalok dengan air liur basinya...zzzzzzzzz ..... Inilah padahnya kerana terlalu lembut.....hingga orang cuba pijak-pijak maruah negara dan secara senyap boleh membibitkan perkauman . Rasanya terlalu lama untuk menunggu 2010 supaya Paklah akan mengundurkan dirinya . Mungkin akan timbul lagi cerita-cerita menyatakan tidakkepuasan manusia kepada kerajaan . Untuk Pak Lah bukan semua kes boleh diselesaiksn secara lembut adakala terpaksa bunuh seorang untuk selamat 100 yang lainnya. Kalau tak tau nak buat keputusan jgn jadi PM kerana kebodohan anda akan memberikan impak yang tinggi kepada rakyat jelata . Wassallam
