| | | | demo UITM tak disiasat, tlupa agaknya .. | Demo isu PTPTN: 8 pelajar disiasat |
| Jimadie Shah Othman | Aug 15, 08 2:01pm |
kemaskini 10:07pm
Lapan pelajar kolej kejururawatan di Cheras dipanggil oleh pihak
pentadbiran dalam siasatan berhubung perhimpunan membantah pemotongan
berlebihan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) awal
minggu ini.
Lima pelajar, bersama keluarga masing-masing,
dipanggil bertemu seorang ahli lembaga pengarah Kolej Kejururawatan dan
Kesihatan Masterskill semalam.
Dua daripada mereka pelajar
perempuan dipanggil bagi mengenal pasti individu atau kumpulan yang
menganjurkan perhimpunan beberapa ratus pelajar di kolej swasta itu
sehingga mendorongnya memanggil pegawai PTPTN memberikan penjelasan.
Malaysiakini
difahamkan tiga lagi dipanggil hari ini, bersama dua pelajar yang telah
dipanggil semalam, oleh seorang pegawai bahagian pentadbiran dan rekod
untuk tujuan yang sama.
Kelapan-lapan pelajar berkenaan, yang
dipercayai terlibat menggerakkan perhimpunan tersebut, diminta membuat
penjelasan bagaimana ia boleh berlaku.
Dalam pertemuan
pertama, mereka juga dipersoalkan berhubung dakwaan kerosakan pada
cermin pintu bas milik kolej tersebut dan juga pintu pagar automatik.
Lima pelajar itu dituduh merosakkan imej kolej Masterskill apabila menganjurkan demonstrasi tersebut.
Dalam
pertemuan kedua, mereka ditanya sama ada perhimpunan tersebut
dipengaruhi oleh anasir-anasir luar kampus dan parti politik.
Seorang
daripada lapan pelajar ini yang memberikan kenyataan kepada sebuah
stesen televisyen swasta pada hari perhimpunan Selasa lalu didakwa
dikawal ketat oleh pihak pentadbiran semalam.
Pengurus hal-ehwal pelajar kolej itu Abdul Razak Muhamad enggan mengulas perkara ini sewaktu dihubungi Malaysiakini petang tadi.
Beberapa pegawai lain juga enggan mengulas.
Kelmarin, Malaysiakini
melaporkan pelajar-pelajar kolej mendakwa PTPTN memotong berlebihan
pinjaman mereka hingga ada di kalangan mereka berbaki RM5 dalam akaun.
Sebelum ini, apabila tabung itu melangsaikan pembayaran kepada kolej berkenaan, pelajar boleh mendapat RM750 seorang.
Pada
12 Ogos, pelajar-pelajar itu, sebahagian besarnya wanita, bagaimanapun
terkejut sewaktu menyemak akaun bank masing-masing apabila mendapati
potongan yang banyak sehingga "ada yang mendapat RM5, ada yang ada
RM10" baki pinjaman.
"Ada juga yang mendapat RM500, ada juga RM200," kata mereka.
Pelajar-pelajar
yang tidak berpuas hati kemudian ke pejabat pentadbiran mulai jam 10
pagi Selasa untuk bertanyakan pemotongan yang didakwa keterlaluan itu,
tetapi tidak mendapat penjelasan memuaskan, kata sumber-sumber lagi.
Beberapa
ratus daripada 13,000 pelajar kolej itu kemudian mengadakan perhimpunan
bantahan sehingga pertemuan diadakan dengan dua pegawai PTPTN pada jam
4.30 petang.
"Bila semak akaun, (jumlah) baki duit lain (daripada biasa), pelajar mula pergi ke pejabat untuk membuat komen.
"Mula-mula
sikit (sahaja), lepas itu makin bertambah jadi banyak," kata
sumber-sumber lagi, menceritakan kembali bagaimana perhimpunan itu
tercetus secara tidak dirancang. |
Salam Perjuangan hamdy 013 3696712 Perunding Hartanah & Perunding Amanah Saham Berlesen
Buku Saya: Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2 RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
Buku Pilihan Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 3) Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3
Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448 kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.
| | |
|  |
|