Baru-baru ini saya dihubungi oleh sebuah sekolah di Negeri Sembilan bertanyakan 
mengenai cara membuat roket air kerana mereka akan mengadakan minggu sains. 
Jadi untuk menarik minat para pelajar kepada matapelajaran sains mereka 
perlukan aktiviti yang menarik , antaranya bermain roket air.

Memandangkan Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com ( singkatan Angkasa 
Malaysia ) ini ditubuhkan sebagai hobi masa lapang bersama beberapa rakan 
antaranya YB Tn Hj Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com  selaku Pengerusi maka 
sukarlah kami untuk memenuhi permintaan sekolah tadi untuk hadir memberi tunjuk 
ajar cara membuat dan bermain roket air pada hari bekerja.

Jadi saya buatkanlah satu pelancar ringkas dan berikan kepada salah seorang 
daripada guru sekolah tadi dan menerangkan serba sedikit cara hendak 
melancarkan roket air. Biasanya aktiviti kami hanyalah pada hujung minggu , 
bila kami tidak bekerja. Tapi kebelakangan ini pada hujung minggu terlalu 
banyak aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Tertanya-tanya di benak fikiran saya , apa jadi pada cadangan Menteri Pelajaran 
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan disokong oleh Naib Ketua Pemuda Umno Sdr 
Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah ? Rujuk 
laporan akhbar The Star 6 Nov 2007 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/6/nation/19390318&sec=nation
Rocket Clubs will be set up in schools to instil interest in aerospace and 
astrophysics, Umno Youth vice-chief Khairy Jamaluddin said. He said Education 
Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein was inspired to set up the clubs 
following the successful mission of the first Malaysian Angkasawan.

Bilakah cadangan menubuhkan Kelab Roket di sekolah-sekolah oleh Kementerian 
Pelajaran akan menjadi realiti , terutamanya di Negeri Sembilan , apatah lagi 
angkasawan pertama Malaysia ini orang Seremban dan yang menyokong usaha 
menubuhkan Kelab Roket pula orang Rembau ?

Jangan pula ianya bak kata pepatah “Hangat hangat tahi ayam”.

Berikut beberapa pautan mengenai aktivi dan cara membuat roket air :

Cara Mudah Membuat Roket Air
http://ikam-space.blogspot.com/2007/11/cara-mudah-membuat-roket-air.html

Kelab AMAL di TV3
http://amal-ns.blogspot.com/2007/12/kelab-amal-ns-di-tv3.html

Pertandingan Roket Air N.Sembilan
http://ikam-space.blogspot.com/2007/12/sekitar-pertandingan-roket-air-taman.html

Roket Air , Aktiviti Menyeronokkan
http://waghih.blogspot.com/2007/12/roket-air-aktiviti-yang-menyeronokkan.html

Pelajar Sekolah Islam membuat roket air
http://puspa-ns.blogspot.com/2007/12/pelajar-srias-di-tv3.html

Gambar pelancar roket
http://amal-ns.blogspot.com/2008/07/gambar-pelancar-roket-air.html

Roket Kuning Sonyum
http://waghih.blogspot.com/2007/11/roket-kuning-sonyum-11-dilancarkan-di.html

Rozmal bin Malakan
Seremban
http://waghih.blogspot.com




Kirim email ke