**Salam,

Amalan Di Malam Hari Raya
Hadith :
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: "
Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan
Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya
tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati
(orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu."

(Ibnu Majah)
Huraian
1. Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid
sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang
beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat
kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan
mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
2. Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan
kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan
sebuiruk-buruk balasan.
Sembahyang Hari Raya
Hadith :
Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: "Biasanya Nabi Muhammad SAW
keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka
perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan
sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai
sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah)
sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu
Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa
bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah
dan meninggalkan segala larangannya)."

(al-Bukhari)
Huraian
1. Sembahyang hari raya Aidil Fitri (dan juga Aidil Adha) sunat
dilakukan secara berjamaah sama ada di tanah lapang, di dalam masjid
dan sebagainya.
2. Khutbah hari raya Aidil Fitri hendaklah dilakukan sesudah
mengerjakan sembahyang, di mana para jamaah hendaklah tetap duduk
dalam saf masing-masing dan mendengar pengajaran khutbah yang
disampaikan oleh khatib.



-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......



-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Kirim email ke