Tak ke pelik , isu azan bukan main sensitif. Tapi isu anak-anak yang bermain 
mercun dekat surau hingga mengganggu jemaah surau tiada siapa yang sensitif. 
Yang bertambah pelik, orang India yang beragama Hindu pula yang menegur 
anak-anak yang bermain mercun dekat Surau di Taman Desa Dahlia , Senawang. 
Orang Islam kat Malaysia ni tak malu ke orang agama lain pula yang menegur 
orang Islam macamana nak sambut Aidil Fitri , macamana nak wujudkan suasana 
aman semasa tarawih , macamana nak kawal anak-anak jangan bermain mercun dekat 
surau ? 

Berikut e-mel yang saya terima daripada rakan saya yang berbangsa India :

Permainan yang merbahaya ini sudah menjadi kebiasaan di Taman Desa Dahlia - 
berhampiran Balai Raya dan Surau setiap hari selepas berbuka. Kadangkala 
belarutan sehingga 11:00malam. Perkara ini telahpun dilapurkan kepada pihak 
Polis Senawang tetapi masih belum dapat prhatian mereka. Sedangkan rumah saya 
bedekatan dengan surau setiap kali "BOM" diletupkan anak kecil saya terkejut 
dan terus menangis.

Apakah jiran yang lain tidak boleh dengar letupan "BOM" ini. Adakah mereka 
menunggu sehingga remaja nakal ini kehilangan anggota badan.

Dua tahun lepas 3 rumah telahpun terbakar di taman ini disebabkan permainan 
mercun.

Harap email ini akan mendapat perhatian pihak yang perhatin.



      

Kirim email ke